Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peminat Malaysia tidak puas hati isu KissAnime! Seramai 67% mengamuk!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Peminat Malaysia tidak puas hati isu KissAnime! Seramai 67% mengamuk!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime cetak rompak telah menjadi sebahagian daripada fandom dunia selama beberapa dekad, tetapi salah satu sumber terbesarnya telah ditutup pada hujung minggu lalu. KissAnime dan KissManga telah dihapuskan beberapa hari lepas, dan tindakan itu membuatkan peminat di seluruh dunia terkejut. Sempena itu, Anime News Network melakukan kajian mendalam terhadap reaksi komuniti, dan hasilnya menunjukkan bahawa peminat Asia Tenggara terutamanya Malaysia amat dipengaruhi oleh berita penutupan KissAnime dan Kissmanga.

ANN mengadakan tinjauan sejurus selepas kedua-dua laman web tersebut ditutup. Ketika membincangkan bersama pengguna Malaysia, seramai 67.49% mengatakan bahawa mereka marah atau sedih dengan penutupan laman. Jika dibandingkan bersama pengguna Amerika Syarikat, hanya 33.89% yang menjawab mereka marah.

Perkara yang membezakannya lagi adalah responden Amerika Syarikat lebih gembira dengan penghapusan laman web tersebut. Itu dibandingkan dengan hanya 7.69% pengguna Malaysia yang merasa gembira dengan perubahan. Negara-negara lain di Asia Tenggara seperti Filipina juga terkesan teruk oleh penutupan KissAnime dan Kissmanga dengan jumlah nilai 57.62% pengguna Filipina yang tidak gembira.

Menurut laporan ANN, respon ini ialah data yang dikumpulkan daripada peminat. Jika ramai tertanya mengapa jawapan antara Asia Tenggara dan Amerika Syarikat sangat berbeza, ia mungkin disebabkan oleh aspek katalog anime dan kemudahan akses.

Di Asia Tenggara, kita ada pilihan untuk menonton anime secara sah. Masalahnya timbul dengan berapa banyak anime yang ditawarkan. Aniplus-Asia mempunyai perkhidmatan yang menawarkan sekitar 250 anime. Jumlah ini sebenarnya amat sedikit berbanding dengan katalog yang ditawarkan di A.S. kerana terdapat lebih daripada 1,000 anime di Crunchyroll. Jika anda masih ingat katalog KissAnime yang besar, padan lah peminat rindu KissAnime.

Buat masa ini, ramai ingin pihak bertanggungjawab mengutamakan servis-servis yang kurang mendapat akses. Syarikat-syarikat besar seperti Funimation dan Crunchyroll mempunyai penonton antarabangsa, tetapi perlesenan mereka boleh pergi sejauh mana. Ketika Jepun memerangi isu cetak rompak, ia amat sukar untuk mengetahui siapa yang akan memberikan servis yang lebih baik kepada komuniti anime.

Apa pendapat anda tentang laporan data ini? Bagaimana ia mempengaruhi pengalaman anime anda? Mari berkongsi dengan saya di ruang komen.

Sumber – ANN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeKissanimeKissmangaMalaysia
Previous Post

Umbrella Corporation membawa zombie pada tanah LifeAfter? LifeAfter x Resident Evil bermula 27 Ogos ini!

Next Post

vivo Malaysia menawarkan layanan istimewa pada Ahli dan Peminatnya pada Ogos ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
vivo Malaysia menawarkan layanan istimewa pada Ahli dan Peminatnya pada Ogos ini!

vivo Malaysia menawarkan layanan istimewa pada Ahli dan Peminatnya pada Ogos ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd