Walaupun Titan tidak wujud dalam dunia sebenar, peminat Attack on Titan kini dapat melihat Omni-directional mobility (ODM) gear beraksi di luar manga dan anime! Youtuber HeroTech mengeluarkan video yang menunjukkan bagaimana gear ODM berfungsi, yang dimodelkan dari awal dan dihasilkan di Autodesk Fusion 360.

Walaupun HeroTech tidak memberitahu langkah demi langkah bagaimana untuk membuat gear ODM, video di atas datang dengan demonstrasi fizikal yang menunjukkan cara fungsi peralatan. Semasa menguji peralatan di sebuah jambatan, penonton boleh melihat bilah pisau di sisi kotak dan cara-cara untuk menggantikan bilah baru apabila patah. Youtuber itu juga menembak cangkuk ODM ke gambar Zeke Yeager dalam bentuk Beast Titan.
Sejak penciptaan Attack on Titan, gear ODM adalah salah satu peralatan paling penting yang diperkenalkan. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk merentasi hutan dan apa-apa persekitaran dalam cara yang pantas, malah ia juga memiliki kebolehan untuk melawan para Titan. Disebabkan kelemahan Titan berada di belakang leher mereka, ramai anggota Survey Corps perlu menguasai penggunaan gear ODM demi mengalahkan Titan. Semasa musim ke-3 dan musim ke-4, peralatn ini dikemas kini dari bilah pisau ke “Thunder Spear” yang lebih kuat, yang melancarkan roket untuk menembusi perisai Titan yang lebih kuat.
Memang kaw-kaw dia minat Attack on Titan sampai sanggup buat gear ODM! Apa pendapat korang? Adakah kita dapat replikasikan peralatan anime lain? Jom kongsikan pendapat dengan saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Attack on Titan, sila tekan pautan ini.
Sumber – YouTube
@gamersantaimy
Discussion about this post