Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemilik TikTok – ByteDance Ingin Jual Moonton, Yang Cipta Mobile Legends!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 16, 2023
in Artikel, Berita, Industri, MOBA, Mobile
0 0
0
Pemilik TikTok – ByteDance Ingin Jual Moonton, Yang Cipta Mobile Legends!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah khabar angin telah muncul yang memberitahu bahawa pemilik TikTok, ByteDance, sedang berbincang bersama pembeli potensi untuk menjual unit gaming-nya, Moonton Technology (pembangun yang menghasilkan game MOBA popular, Mobile Legends: Bang Bang).

Kredit: ByteDance
Kredit: Moonton Technology

Kejadian ini berlaku dua tahun selepas ByteDance memperoleh studio tersebut yang berpangkalan di Shanghai dalam perjanjian bernilai USD 4 bilion (bersamaan dengan RM18 bilion+), menurut laporan daripada Reuters.

Seperti saya kata tadi, Moonton adalah pemaju kepada game mobile popular “Mobile Legends: Bang Bang”, dan diperoleh oleh ByteDance pada tahun 2021. Pada masa itu, pemerolehan ini dilihat sebagai komitmen terbesar oleh ByteDance untuk menjadi salah satu syarikat besar dalam pasaran permainan video global.

Kredit: Moonton Technology

Syarikat-syarikat lain yang bertemu dengan ByteDance untuk membincangkan penjualan Moonton termasuk sekurang-kurangnya satu firma yang berpangkalan di Saudi, kata dua sumber yang tahu akan hal itu. Salah seorang daripada dua sumber itu berkata bahawa rundingan masih di peringkat awal dan perjanjian masih belum disahkan.

Sumber itu menambah bahawa rancangan ini muncul kerana ByteDance ingin memfokuskan sumber pada perniagaan terasnya. Setakat penulisan ini, ByteDance belum apa-apa komen mengenai khabar angin jualan Moonton.

Kredit: Moonton Technology

Ditubuhkan pada 2014, Moonton mencapai kejayaan dengan game MOBA “Mobile Legends: Bang Bang”. Walau bagaimanapun, studio ini masih belum dapat mengeluarkan satu lagi game popular yang dapat menandingi kejayaan MLBB. Prestasi Moonton yang tidak memberi kemajuan ketara sejak diperoleh adalah salah satu sebab mengapa ByteDance ingin menjual tersebut, menurut sumber oleh Reuters.

Kredit: Moonton Technology

Jika berminat, anda boleh mencuba Mobile Legends: Bang Bang yang kini tersedia secara percuma di platform Android dan iOS.

Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ByteDanceMobile LegendsMoonton
ShareTweetSend
Previous Post

Mampukah PC Anda Bermain Like A Dragon: Infinite Wealth? Info Spec di Steam!

Next Post

Keadaan di MAPPA Semakin Teruk, Ramai Juruanimasi Jujutsu Kaisen Sudah Penat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Keadaan di MAPPA Semakin Teruk, Ramai Juruanimasi Jujutsu Kaisen Sudah Penat!

Keadaan di MAPPA Semakin Teruk, Ramai Juruanimasi Jujutsu Kaisen Sudah Penat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd