Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembantu Kentaro Miura menjelaskan tentang masa depan manga Berserk & khabar angin buruk!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 25, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Pembantu Kentaro Miura menjelaskan tentang masa depan manga Berserk & khabar angin buruk!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari selepas Hakusensha mengumumkan kematian Kentaro Miura , salah seorang pembantunya di Studio Gaga, berkongsi melalui Twitter, pendapat mereka mengenai masa depan manga Berserk dan gaya hidup Miura untuk menghilangkan khabar angin tertentu.

Untuk mereka yang tidak tahu, pada beberapa tahun yang lalu, Kentaro Miura mencipta studio manga sendiri bernama Studio Gaga di mana dia melatih pembantunya. Mereka juga menghasilkan manga bersama, termasuk Gigantomakhia pada tahun 2013 dan Douruanki pada tahun 2019.

Ketua pembantu di Studio Gaga, @Drache_Doratan memuat naik tweet bahawa pada masa ini manga Berserk belum membuat keputusan jika akan bersambung atau tidak. Mereka pun tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan ini.

この先がどうなるのかは知りえていませんし、それを決める立場にもないので、しばらく水面下に移行します。具体的なことがあるにしても時期を置く事になるでしょう。
最後に、三浦先生のベルセルクをはじめとした作品のファンでいてくれてありがとうございます、そして今後ともよろしくお願いします。

— 黒 崎 (@Drache_Doratan) May 21, 2021

Namun, pihak penerbitan tidak menolak idea ini secara langsung, jadi peminat hanya mampu menunggu sahaja buat masa ini. Ketua pembantu tersebut juga berkongsi beberapa info mengenai kesihatan dan gaya hidup Kentaro Miura. Di bawah adalah penterjemahan dari saya:

“Kerana sebuah komen tertentu dari 20 tahun lalu dan maklumatnya yang lama, saya telah melihat banyak salah faham dan orang percaya bahawa guru saya mengikuti gaya hidup yang buruk.

Saya ingin membetulkan perkara ini untuk melindungi kehormatannya. Guru saya, selama 15 tahun terakhir, mengikuti diet yang cukup baik, dan juga kerap melakukan senaman, (termasuk latihan otot). Dia sihat secara fizikal dan mental dan tidak menghidap penyakit kronik.” -kata @Drache_Doratan.

20年以上も前の巻末コメント等、古い情報を頼りにひどい生活を続けていると誤解している方も多いかもしれませんので、ここは名誉のために補足をしておきますが、先生はここ15年くらいはかなりまともな食生活と常識的な運動(筋トレなどを含む)をしており、心身ともに頑健で持病などもなかったのです。

— 黒 崎 (@Drache_Doratan) May 21, 2021

Pada 6 Mei, Kentaro Miura meninggal dunia kerana pembedahan aorta akut pada usia 54 tahun. Dilahirkan pada 11 Julai 1966 di wilayah Chiba, dia melancarkan siri manga Berserk dalam majalah Monthly Animal House pada tahun 1989, dan siri ini berlanjutan di majalah Young Animal hingga sekarang. Buat masa ini, terdapat lebih daripada 40 juta salinan yang diedarkan untuk Berserk. Untuk segala liputan kami tentang Berserk, sila tekan pautan ini.

Sumber –  Twitter

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BerserkDrache_DoratanHakusenshaKentaro MiuraStudio Gaga
Previous Post

Dapatkan akses mod percuma di COD: Black Ops Cold War bermula 27 Mei ini sempena Memorial Day!

Next Post

Setelah sekian lama, bab terbaru komik Half-Life telah dilepaskan di Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Setelah sekian lama, bab terbaru komik Half-Life telah dilepaskan di Steam!

Setelah sekian lama, bab terbaru komik Half-Life telah dilepaskan di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd