Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembangunan Death Stranding 2 dikantoikan, Kojima tampil dengan komennya!

Maira by Maira
May 23, 2022
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Pembangunan Death Stranding 2 dikantoikan, Kojima tampil dengan komennya!
Share on FacebookShare on Twitter

Bayangkan anda sedang membaca temu ramah, tiba-tiba dapat informasi yang betul-betul panas. Inilah yang terjadi dalam temu ramah antara Norman Reedus, pelakon untuk Death Stranding semasa dia bercerita mengenai Kojima Productions bersama Leo Edits, sebuah penerbit digital. Maknanya, Death Stranding 2 bukanlah sekadar angan-angan dan ia sesuatu yang benar. Mari kami ceritakan dengan lebih lanjut.

Kita sedia maklum bahawa Death Stranding sememangnya game yang popular malah mendapat pelbagai reaksi positif daripada ramai pemain. Ramai juga yang menjangka bahawa Death Stranding akan mendapat sekuel pada masa hadapan. Siapa sangka, bintang yang melakonkan watak dalam Death Stranding itu mendedahkan bahawa, game itu sedang membangunkan sekuelnya. Norman Reedus dengan bersahaja berkata bahawa “mereka baru sahaja mulakan bahagian kedua” untuk Death Stranding.

Sesiapa sahaja akan teruja apabila mendengar jawapan yang diberikan Norman. Lagi-lagi Hideo Kojima sendiri tidak mendedahkan lagi projek game yang sedang dibangunkannya. Dengan ini, kita sudah tau bahawa Death Stranding 2 antara game yang sedang dibangunkan oleh Kojima Productions. Melihat daripada kejayaannya, memang tidak peliklah jika Kojima ingin memberikan sekuel kepada game itu.

Kojima yang mungkin baru mengetahui tentang temu ramah Norman tadi, juga memberikan komennya sendiri dengan nada berjenaka. Melalui Twitternya, Kojima memberitahu Norman supaya dia “kembali ke bilik persendiriannya”.Kalau anda ingin tahu, komen itu sendiri merupakan rujukan daripada game Death Stranding. Lebih kelakar lagi apabila gambar yang dimuat naik bersama mesej di atas, seakan-akan Norman akan dikenakan hukuman apabila dia ke bilik tersebut.

https://twitter.com/Kojima_Hideo/status/1527895435213668352?s=20&t=AUlFWxhHbRwbq84nRn2LXg

Apapun, kita tunggu sahaja pengumuman rasmi mengenai sekuel Death Stranding ini nanti. Lagipun, ada banyak lagi projek lain yang sedang dihasilkan oleh Hideo Kojima. Untuk membaca liputan lain mengenai Death Stranding daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Death Stranding 2hideo kojimaNorman Reedus
Previous Post

Projek crowdfund Gamer’s Hideout sudah tamat, berjaya mengumpul RM 651 ribu!

Next Post

Manga Boruto: Naruto Next Generation mendedahkan Eye Jutsu baharu

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Manga Boruto: Naruto Next Generation mendedahkan Eye Jutsu baharu

Manga Boruto: Naruto Next Generation mendedahkan Eye Jutsu baharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd