Sony baru sahaja mengumumkan bahawa studio pembangun game PC terkenal, iaitu Nixxes Software bakal menyertai PlayStation Studios! Studio ini pernah terlibat dalam menghasilkan Marvel’s Avenger, Rise of the Tomb Raider versi Xbox 360, dan telah menghasilkan pelbagai game hebat untuk platform PC.
Excited to announce that the talented Dutch studio Nixxes Software will be joining PlayStation Studios. It's a real pleasure to welcome a team with such deep technical expertise and vast experience to the @Playstation family. Huge congrats to everyone @NixxesSoftware!
— Hermen Hulst (@hermenhulst) July 1, 2021
Ketua PlayStation Studios, iaitu Hermen Hulst telah memuat naik pengumuman ini di Twitter rasmi beliau dan menyatakan yang mereka sangat teruja kerana Nixxes Software menyertainya. Beliau juga tidak sabar untuk menggunakan kepakaran serta pengalaman studio tersebut di PS Studio bagi menghasilkan game-game menarik akan datang.
Hulst turut menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk Sony merancang pembangunan bagi platform PC. Namun, dengan kepakaran Nixxes Software serta bajet game yang besar, mungkin Sony akan melakukan peningkatan sumber dalamannya sendiri untuk lebih banyak port PS-to-PC seperti Horizon: Zero Dawn dan Days Gone. Buat masa ini, Nixxes akan memberi kepakaran teknologinya secara eksklusif untuk PS Studio bermula sekarang.
Tambahan pula, Nixxes Software bakal membantu PS Studio Technology serta Creative & Services Group dalam menyediakan kepakaran seperti teknikal berkualiti tinggi in-house dan keupayaan pembangunan bersama Sony. Nampaknya seperti studio ini akan melakukan kerja yang lebih kepada teknikal untuk pembangunan game PS Studio di bawah Sony.
Baru-baru ini juga, kita telah diumumkan oleh Sony bahawa studio pembangun Returnal, iaitu Housemarque telah menyertai mereka dan bakal membantu dalam menghasilkan game eksklusif PlayStation 5. Housemarque telah mula terlibat dalam industri permainan video sejak tahun 1995, dan ini menjadikannya sebagai studio pembangun tertua di Finland. Sejak tahun 2007, studio ini telah mengembangkan beberapa permainan eksklusif PlayStation, seperti Super Stardust HD, Dead Nation, Resogun dan Matterfall.
PlayStation Studios kini telah bekerjasama dengan lebih banyak studio-studio hebat seperti Housemarque, Deviation dan Haven. Dengan penyatuan bersama Nixxes Software ini, tidak mustahil kita akan menerima game yang boleh di port dari konsol PS ke PC tidak lama lagi! Untuk membaca lebih banyak liputan kami mengenai PlayStation, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post