Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembangun Abandoned menerima pelbagai ugutan dari pemain!

Maira by Maira
October 18, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PS5, VR
0 0
0
Pembangun Abandoned menerima pelbagai ugutan dari pemain!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Blue Box studio telah menerima beberapa ugutan dari sebilangan pemain terhadap permainan “Abandoned“, sebuah permainan VR survival horror. Permainan yang disangka oleh ramai peminat sebagai permainan baru oleh Hideo Kojima itu membuatkan sebilangan pemain tidak berkelakuan baik. Kini, studio tersebut harus mengeluarkan pernyataan yang meminta para pemain untuk berhenti mengirim ugutan mati kepada mereka, dengan mengatakan bahawa mereka akan mula mengenakan hukuman undang-undang jika ugutan itu berlanjutan.

A message from us. Human beings. pic.twitter.com/q2V5j4f4ZB

— BLUE BOX Game Studios (@BBGameStudios) October 17, 2021

Dalam pernyataan yang bertajuk, “Mesej dari kami. Manusia”, pasukan itu mengatakan bahawa ancaman kematian telah meningkat dalam beberapa hari dengan beberapa daripadanya dibuat secara fizikal dan bukan hanya dalam talian. Pembangun mengatakan bahawa ia akan mula memberi polis alamat IP, log, dan rakaman kamera untuk memerangi masalah itu.

“Kami telah berhadapan dengan ancaman kematian dalam beberapa bulan yang lalu dan kami menerimanya lagi sekali beberapa hari ini. Terutamanya secara fizikal”, kata mesej dari catatan dari studio tersebut. “Ini tidak hanya mempengaruhi kami sebagai satu pasukan, tetapi semua orang di persekitaran kami. Perniagaan lain, keluarga dan semua orang di sekitar kami. Kami ingin bekerja di persekitaran yang selamat”.

Kenyataan itu juga ada menyentuh keadaan dengan Abandoned, permainan seram misteri di yang juga berkenaan dengan perkara ini.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

“Kami menyedari sepenuhnya situasi negatif yang telah kami buat dan kami benar-benar memahami kekecewaan anda. Tetapi apa yang tidak kami fahami adalah ugutan mati. Kami memahami dan menghargai minat anda terhadap Abandoned, kami bekerja keras untuk Abandoned. Kami akan mulakan blog biasa di laman web kami yang boleh anda ikuti dan kami akan menyiarkan sebarang berita mengenai Abandoned di Twitter kami. Tetapi yang kami minta sehingga itu hanyalah untuk memberi kami ruang dan membiarkan kami bekerja untuk Abandoned. Tolonglah “.

Perkara ini semua bermula pada bulan April tahun ini, ketika pemaju indie, Blue Box menunjukkan permainan seram eksklusif PS5, yang diberi nama Abandoned. Beberapa spekulasi yang mengatakan bahawa permainan ini mungkin produksi oleh Hideo Kojima apabila pasukan itu mengatakan bahawa nama sebenar permainan itu dimulai dengan hutuf S dan diakhiri dengan huruf L. Itu membuatkan ramai yang percaya bahawa permainan tersebut sebenarnya Silent Hill. Blue Box dengan cepat mengeluarkan pernyataan yang mengatakan bahawa ia tidak mempunyai kaitan dengan Konami atau Kojima.

We wanted to set things straight. We have no relations with Konami. Silent Hill is owned by Konami. We do not have any relations with Hideo Kojima. It was never our intention to tease the name as Silent Hill. We sincerely apologize for this.

— BLUE BOX Game Studios (@BBGameStudios) June 15, 2021

Oleh itu, ketika Aplikasi Realtime Experience untuk Abandoned dilancarkan, sangat jelas bahawa permainan tersebut sememangnya permainan horror indie dan bukannya Silent Hill. Itu juga membuatkan perkara ini menjadi-jadi. Abandoned dijangka akan dilancarkan pada tahun 2022, dan akan menjadi permainan eksklusif PS5.

Sumber: The gamer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AbandonedBlue Box Game Studiops5
Previous Post

Steam haramkan segala game berunsur NFT manakala Epic Games ‘bersetuju’ untuk menyokong!

Next Post

Anime Boruto teruskan dengan “Filler arc Chunin Exam”, tiada dalam manga!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Anime Boruto teruskan dengan “Filler arc Chunin Exam”, tiada dalam manga!

Anime Boruto teruskan dengan "Filler arc Chunin Exam", tiada dalam manga!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd