Setiap tahun pada 1 April, syarikat-syarikat teknologi besar di seluruh dunia akan turut serta merayakan hari tersebut sebagai satu hari yang berkaitan dengan jenaka. Mereka berpura-pura untuk mengeluarkan produk luar biasa, menjanjikan ciri-ciri baru yang tidak masuk akal untuk produk yang sedia ada ataupun hanya mengubah reka bentuk pada produk. Projek “Breadwinner” Razer adalah contoh yang terbaik. Ia dikeluarkan sempena April Fool pada tahun 2016, dan dikatakan perkakas dapur pertama di dunia untuk pemain.
Apa yang bermula sebagai produk jenaka kini bertukar menjadi perkara yang sebenar, menurut CEO Razer, Min-Liang Tan. Selepas 3 tahun diminta peminat, Min-Liang Tan telah didesak dengan pelbagai tekanan dan akhirnya bersetuju untuk meletakkan pasukan juruteranya bersama-sama dan membangunkan pembakar roti Razer yang benar dengan input daripada komuniti.
Bukan permintaan peminat sahaja yang mendorong beliau untuk melakukan projek tersebut, malah beliau sendiri mengeluarkan satu cabaran pada waktu lalu yang menyatakan bahawa jika page “Give us the Razer Toaster” berjaya mencapai 1 juta likes (dan juga tatu pembakar roti dikira sebagai 100,000 likes), beliau akan mengotakan janji tersebut. Mungkin agak tidak bernasib baik bagi Min-Liang Tan, apabila kumpulan Facebook tadi telah berjaya mencapai matlamat melalui 12 tatu peminat dan lebih 45,000 likes untuk page tersebut.
https://twitter.com/minliangtan/status/1123563192611852288
Setelah hampir 6 tahun, CEO Razer ini akhirnya menyerah kalah dan akur kepada permintaan peminat. Namun, peminat harus tunggu seketika sebelum boleh mendapatkan pembakar roti yang mempunyai logo Razer tersebut pada roti mereka. Beliau berkata ia akan mengambil masa beberapa tahun tapi berjanji akan berkongsikan progress tersebut bersama komuniti. Tak sabar rasanya nak tengok lambang Razer dekat roti! Korang akan beli atau tidak?
Sumber: Facebook Min-Liang Tan
@gamersantaimy
Discussion about this post