Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemain Xbox lebih agresif berbanding pemain PlayStation! Hasil kajian sebenar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, PS4, Tinjauan & analisis, Xbox One
0 0
0
Pemain Xbox lebih agresif berbanding pemain PlayStation! Hasil kajian sebenar!
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli psikologi profesional yang menggunakan Buss Perry Aggression Questionnaire telah melakukan kajian mengenai keagresifan pada “gamers“, dan ia datang dengan beberapa keputusan yang menarik. Kajian ini dilakukan dengan 964 pemain, yang diminta untuk memilih tiga permainan video yang paling mereka gemari mengikut urutan dan sistem apa yang mereka ingin gunakan untuk bermain permainan tersebut.

Mereka kemudian diminta untuk melengkapkan Buss Perry Aggression Questionnaire, yang merupakan tinjauan sebanyak 29 soalan. Ujian ini bertujuan untuk mengukur tahap keagresifan individu berdasarkan bagaimana mereka bertindak balas terhadap setiap soalan di mana agresi fizikal, agresi verbal, kemarahan, dan penentangan merupakan elemen utama.

Menurut kajian, pemain Xbox adalah pemain paling agresif, dan mengatasi pemain PlayStation dalam keempat-empat kategori tersebut. Penyelidik juga mendapati bahawa pemain lelaki lebih agresif sebanyak 20% berbanding pemain wanita, dan permainan-permainan tertentu dikaitkan dengan tahap agresif yang lebih tinggi daripada yang lain. Apa yang menarik di sini ialah mereka yang bermain selama 20-30 jam seminggu didapati kurang agresif daripada mereka yang bermain selama 11-20 jam seminggu. Tahap agresif ini lebih rendah pada peserta yang bermain permainan video kurang daripada 11 jam seminggu.

Pemain Call of Duty didapati adalah yang paling agresif, bersama dengan pemain yang bermain Battlefield dan FIFA. Oleh kerana ketiga-tiga permainan ini mempunyai fokus ekstrem pada “multiplayer” kompetitif, perkara ini dapat dijangka. Manusia cenderung menjadi agresif ketika bersaing secara aktif antara satu sama lain, sama ada melalui permainan video, sukan, atau apa sahaja, jadi masuk akal bahawa pemain yang bermain permainan seperti itu akan menjadi lebih agresif.

Namun, permainan video tanpa fokus kompetitif pun masih mempunyai beberapa pemain yang agresif. Menurut kajian, Animal Crossing: New Horizons sebenarnya mempunyai pemain yang lebih agresif secara fizikal daripada mereka yang bermain Grand Theft Auto 5. Ini menunjukkan bahawa tahap keganasan dalam permainan video tertentu tidak semestinya menyebabkan seseorang menjadi lebih atau kurang agresif. Malangnya, analisis yang lebih terperinci mengenai Animal Crossing: New Horizons tidak diberikan.

Selama bertahun-tahun ini, terdapat banyak kajian mengenai keganasan dan hubungannya dengan permainan video. Kajian lalu menunjukkan bahawa keagresifan tidak semestinya ada kaitan dengan keganasan permainan video. Walau bagaimanapun, kesimpulan boleh dibuat bahawa keagresifan permainan video lebih banyak berasal daripada aspek persaingan, dan bukan tahap keganasan. Lebih banyak kajian perlu dilakukan mengenai isu ini sebelum ada yang dapat mencapai kesimpulan yang pasti.

Sumber – top10gamers

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: agresifkajiankeganasanplaystationxbox
Previous Post

WRC 9 dah bersedia Berlumba Rally di PS4, Xbox One dan Epic Game Store!

Next Post

Game next-gen Mortal Kombat atau Injustice mungkin dalam pembangunan oleh NetherRealm!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Game next-gen Mortal Kombat atau Injustice mungkin dalam pembangunan oleh NetherRealm!

Game next-gen Mortal Kombat atau Injustice mungkin dalam pembangunan oleh NetherRealm!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd