Scott Buchanan, atau lebih dikenali di Youtube menggunakan nama samaran dia iaitu pannenkoek2012, adalah seorang personaliti Youtube dan juga penganalisis Super Mario 64. Baru-baru ini dia ada muat naik satu video di channel keduanya, UncommentatedPannen di mana dia bermain game Super Mario 64 tanpa menggunakan joystick! Fuhhh.
Kalau korang nak tahu, joystick adalah pilihan pergerakan utama yang memudahkan pemain untuk bergerak. Namun, tanpa penggunaan joystick tersebut, perancangan yang menyeluruh dan terperinci perlu dibuat untuk melepasi kesemua level tanpa mati. Walaupun pannenkoek2012 tidak menggunakan joystick, dia memanfaatkan toolset Mario. Dia menggunakan beberapa tricks untuk maju ke hadapan dan apabila korang menonton video tersebut, korang sendiri boleh lihat betapa kompleksnya pergerakan Mario!
https://twitter.com/mcclure111/status/1101928567347257344
Dapat melepasi satu level adalah sangat menakjubkan, tapi kalau dapat kalahkan Bowser sendiri tanpa menggunakan joystick, tu memang power gila beb! Eh kejap. Mesti korang tertanya-tanya kan, macam mana nak lambungkan Bowser ke udara sebab bukankah kita kena guna joystick? Tidak. Sekurang-kurangnya, bukan untuk pannenkoek2012 ni, sebab dia akan pastikan untuk mencengkam Bowser tepat pada explosives platform di mana ia akan membantu dia untuk melambungkan raksasa besar itu!
Mungkin korang ingat nak lawan Bowser adalah part yang paling susah, tapi tengoklah si pannen ni buatkan kita tertanya-tanya, dia ni manusia ke? Senang-senang je dia lawan tak guna joystick! Orang biasa macam kita guna joystick pun kalah…eh? Bilakah kali terakhir korang main game Super Mario 64? Ada memori pasal game ni? Ceritalah dengan kitorang!
Sumber: Polygon
@gamersantaimy
Discussion about this post