Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemain Pro Fortnite Ini Tidak Akan Menerima Hadiah Wang Tunai Kerana Dia Bawah Umur

Gg, kid.

Wakambing by Wakambing
June 10, 2019
in Artikel, Berita, Epic Store, Mobile, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Pemain Pro Fortnite Ini Tidak Akan Menerima Hadiah Wang Tunai Kerana Dia Bawah Umur
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila pemain professional Fortnite dan juga streamer cilik, H1ghSky1, menyertai FaZe Clan, dia diumumkan sebagai pemain pro berusia 13 tahun yang pertama dan termuda dalam arena Fortnite. Walau bagaimanapun, dia telah mengakui bahawa dia sebenarnya tidak cukup umur untuk stream di Twitch mahupun bersaing dalam kejohanan rasmi Epic. Akibatnya, dia kini tidak boleh mengumpul sebarang wang yang dimenanginya melalui kejohanan yang telah dianjurkan oleh Epic Games.

Faze H1ghSky1

Kontroversi sekitar umur H1ghSky1 asalnya bermula daripada sebahagian tuntutan mahkamah terhadap FaZe Clan oleh bekas anggota organisasi tersebut, Turner “Tfue” Tenney. Menurut tuntutan Tenney, FaZe dengan sengaja mengupah seorang pemain bawah umur dan memaksa pemain dan ibu bapanya untuk membohongi usianya supaya dia dapat bersaing dalam pertandingan dan kejohanan Epic Games.

Beberapa minggu selepas tuntutan Tenney telah difailkan, channel Twitch H1ghSky1 telah pun kena banned. Walaupun Twitch tidak memberikan sebarang komen mengenai akaun yang telah mereka ban tersebut, Twitch sendiri mempunyai dasar bahawa streamer sekurang-kurangnya perlu berumur 13 tahun untuk membuat streaming.

“Akaun Twitch saya digantung kerana saya bawah umur. Dan ya, saya 12. Saya hanya berbohong untuk memenuhi impian saya menjadi seorang streamer. Sudah menjadi impian saya untuk masa yang lama, dan saya bekerja lebih dari satu tahun dan setengah untuk itu, dan saya minta maaf kerana berbohong mengenainya.” katanya.

Buat masa ini, H1ghSky1 mengatakan dia akan terus melakukan streaming di YouTube. Namun, perlu diingat bahawa YouTube hanya membenarkan streaming untuk kanak-kanak selagi mereka mempunyai kebenaran dari ibu bapa. Oleh itu, ibu H1ghSky1 duduk bersebelahan dengannya sepanjang hampir dua setengah jam sepanjang malamnya pada malam Rabu yang lepas untuk menemaninya. Walaupun kejohanan dalam acara Fortnite Epic Games tidak akan menjadi pilihan untuk H1ghSky1, sekurang-kurangnya dia hanya tinggal setahun untuk menjadi 13 tahun, dan dari situ barulah kita semua boleh menyaksikan semula bakatnya dalam Fortnite. Apa-apa pun, teruskan usaha dan capai impian yang diingini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bawahfazeFortnitePCumur
Previous Post

Gears POP! kini live untuk pre-registration di Google Play Store!

Next Post

E3 2019 PC Gaming Show: Evil Genius 2: World Domination Diumumkan!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
E3 2019 PC Gaming Show: Evil Genius 2: World Domination Diumumkan!

E3 2019 PC Gaming Show: Evil Genius 2: World Domination Diumumkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd