Lupakan segala bug dan glitch yang ada dalam Apex Legends. Sekarang, komuniti Apex Legends sedang menyuarakan permintaan terbaru mereka, yang mungkin bunyinya macam tak masuk akal. Yang pernah bermain Apex Legends, korang mesti tahu, kalau kena knocked down, kita tak boleh berbuat apa-apa seperti menembak atau pun nak melee, semuanya tak boleh. Pemain hanya boleh merangkak jauh dari pihak musuh atau tunggu rakan sepasukan untuk recover banner. Oleh itu, timbul satu idea dari komuniti ini untuk membolehkan pemain untuk gigit lutut pihak musuk sekiranya mereka berdekatan dengan kita.
https://twitter.com/Sliwinski/status/1105522458700976130
Itulah cadangan yang diberikan oleh pengguna reddit bernama DivineRedefined di mana post dia telah mendapat lebih dari 43,000 upvotes. Dia punya direct point sebenarnya ialah:
“Aku sebenarnya penat jadi tak guna (useless) SEBAB aku tak reti main game ini. Bagilah aku gigit lutut musuh.”
Ini bermaksud, gigitan di lutut musuh masih mampu memberikan ancaman untuk pihak musuh, terutamanya bila pemain telah kena knocked down terlalu lama waktu berperang. Selain itu, idea ini merupakan cadangan bagus terutamanya untuk pemain yang tidak mahir dengan Apex Legends, mereka tidak sepatutnya rasa tidak berguna kepada rakan sepasukan, sekurang-kurangnya mereka boleh gigit lutut musuh walaupun hanya 5 damage, ianya sangat membantu. Pengguna Twitter @Sliwinski pula berkata, Respawn perlu berikan pilihan lain selain dari hanya merangkak.
Berdasarkan cadangan ini, nampaknya pemain semua dah boleh jadi Zombie ala-ala kampung pisang di mana kita boleh gigit daging musuh dan tidak dinafikan, ia adalah strategi yang terbaik setakat ini. Tapi, Respawn buat masa ini tidak layan sebarang cadangan yang agak merepek ini disebabkan mereka sedang fokus untuk updates lain, serta membaiki isu balance dan juga cheaters. Kalau betul-betul boleh gigit pada masa akan datang, jangan lupa untuk jerit “Eh, dia lagi satu gigitan je lagi!” “1 bite! 1 bite!”.
Sumber: Reddit
@gamersantaimy
Discussion about this post