Tahun 2019 bermula dengan baik untuk game siri anime. Selepas kemunculan game seperti Dragon Ball Fighter Z, Jump Force dan My Hero One’s Justice, ini membuktikan game berdasarkan anime mampu sahaja bersaing dengan produk game AAA terbitan syarikat lain. Jika yang lain ingin bantah, game seperti My Hero One’s Justice tidak sehebat seperti yang disangka, tetapi korang harus hormat usaha mereka untuk implementasikan stail paling mirip dengan manga ke dalam game tersebut. Okay, itu cerita untuk hari lain. Sekarang masa untuk satu francais anime yang besar untuk dapat layanan yang selayaknya mereka terima dalam bentuk game. Sudah tentu, francais itu ialah One Piece.
LATAR BELAKANG
One Piece: World Seeker ialah game action-adventure berdasarkan siri manga dan anime One Piece. Game ini dicipta oleh Ganbarion dan diterbit oleh Bandai Namco Entertainment. One Piece: World Seeker juga menjadi juga menjadi game pertama dalam francais untuk mempamerkan environment open world. Game ini dikeluarkan untuk pelantar PlayStation 4, Xbox One, dan Microsoft Windows. Karakter yang muncul dalam game ini ialah seluruh krew Straw Crew: Luffy, Zoro, Nami, Sanji, Chopper, Brooks, Franky, dan Nico Robin. Selain daripada mereka, kita juga dapat melihat Akainu, Kizaru, Kuma, Tashigi, Smoker, Sabo, Rob Lucci dan kumpulan Germa 66: Ichiji, Niji, dan Yonji.
JALAN CERITA
One Piece: World Seeker ialah game anime terbaru yang menampilkan Luffy dan Straw Hat Pirates dan kemungkinan akan menjadi antara game yang terbaik dalam francais One Piece. Dengan meletakkan Luffy dan krewnya di persekitaran open world, pemain akan dapat merasa satu gameplay yang berbeza dan lebih memihak kepada RPG dan seumpamanya. Untuk pemain lebih jelas, One Piece: World Seeker ialah game action adventure di mana pemain akan mengawal Monkey D. Luffy daripada sudut perspektif third person. One Piece: World Seeker bertempat di “Jail Island”, lokasinya di New World. Pemain akan mengalami dan bertarung di environment open world dan pada masa yang sama, juga boleh dijelajahi.
Saya yang merupakan peminat One Piece memang suka dengan visual style dalam game ini kerana karakter-karakter nya sudah cukup menepati seperti anime. Digabungkan dengan satu pengembaraan baru yang penuh potensi untuk penemuan dan elemen baru di kawasan pulau baru yang penuh details terperinci. Kombinasi ini memang puas hati.
SISTEM PERTEMPURAN
Pertempuran dalam game ini menggunakan elemen stealth dan Luffy boleh menggunakan Observation Haki untuk melihat musuh di merata atau dibelakang dinding. Teknik daripada anime seperti Gum Gum Rocket yang memudahkan Luffy untuk bergerak di dunia game dan Gum Gum Bazooka yang merupakan sebuah letupan penumbuk ke arah musuh juga digunakan dalam game in.
Cara nak main game ini mudah saja. Pemain boleh lari ke mana saja mereka mahu di dunia open world ini dan tekan butang melee attack untuk melakukan damage. Sejujurnya bila saya sebut camni, pemain kata mesti mudah dan senang saja nak main. Tapi yang menakjubkan ialah game ini di-animate dengan sangat lawa dan terperinci. Serangan Luffy memang menyerlah dalam dunia yang terang dan warna warna. Perasaan yang sama kita lihat di anime atau manga One Piece.
Abiliti Luffy diluaskan dengan bahagian Skill Section. Pemain boleh menggunakan skill points yang mereka terima daripada menewaskan musuh dan selesaikan misi untuk memperoleh skill baru, dilengkapi dengan kuasa Haki nya, yang termasuk Observation Haki dan Armament Haki. Oberservation Haki milik Luffy boleh disamakan dengan vision mode di mana dunia akan berubah jadi biru. Manakala musuh dan NPC akan serlah warna kuning di dalam persekitaran. Di sini pemain boleh target musuh, untuk memastikan tiada sesiapa melarikan diri atau berfikir jalan untuk sembunyi dan lepas daripada penglihatan musuh.
Armament Haki diaktifkan dengan serangan tertentu. Pelbagai serangan seperti Burning Red Hawk iaitu sebuah tumbukan berapi ke arah musuh boleh digunakan dan digandingkan bersama basic melee combo Luffy. Sistemnya mudah, tetapi memang serta merta puas hati dan seronok. Sudah tentu, bukan ini sahaja serangan yang Luffy ada. Gear Fourth (perubahan struktur otot Luffy yang meningkatkan serangan dan defensif milik Luffy) dan abiliti lain juga hadir, yang membuatkan game ini akan berjalan dengan lebih pantas.
KESIMPULAN
Mekanik pertempuran nya juga amat bercita-cita tinggi kerana menggabungkan serangan high-flying di udara dan pertempuran jarak dekat bare handed. Amat berbeza dengan siri-siri action adventure yang lain seperti Dynasty Warriors yang hanya fokus kepada satu aspek. Yang benar-benar membuat saya jatuh cinta dengan game ini ialah bagaimana jelasnya karakter-karakter di dalam game boleh dibezakan dengan latar belakang.
Secara visual, langit dan laut sangat menyerupai yang sebenar dari segi contrast. Jalan dan dinding istana pula di-render dalam palette mirip illustrasi manga. Ini membenarkan watak utama warna dan personaliti Luffy dan karakter lain untuk lebih menonjol dan tidak ditelan sepenuhnya. Saya nasihat anda semua pemain untuk mencuba game ini. Lebih-lebih lagi peminat siri One Piece. Kalian pasti tidak hampa!
@gamersantaimy
The Review
One Piece: World Seeker
Sebuah game wajib untuk kipas susah mati One Piece! Jalan cerita dan animasi yang original amat memikat hati walapun sistem pertempurannya agak terbatas.
PROS
- Gameplay menepati stail anime.
- Watak dan perwatakan kelihatan lebih hidup daripada biasa.
- Nafas baru untuk francais One Piece.
CONS
- Susah untuk mengelak apabila sedang lakukan animasi tempur.
- Sistem pertempuran agak lemah walaupun bercita-cita tinggi.
Discussion about this post