Berikutan kemas kini terbaru pada Gran Turismo 7, ramai pemain tidak berpuas hati sehingga mereka memberikan review bom di Metacritic. Antara sebab mengapa ia membuatkan ramai pemain marah ialah pengurangan pada ganjaran iaitu credit, mata wang yang penting dalam GT7. Disebabkan itu, ada seorang pemain yang telah menghasilkan script yang mampu grind credit GT7 tanpa bermain game itu. Jom kita tengok macam mana pemain itu hasilkan script ini!

Dengan menggunakan ciri Remote Play PlayStation dan script mudah, nampaknya pemain boleh bermain Gran Turismo 7 tanpa berlumba banyak kali hanya untuk mendapatkan jutaan credit. Bukan setakat itu sahaja, controller pun tidak payah sentuh untuk grind credit ini. Pemain yang hasilkan script mendakwa telah menggunakan exploit itu dan menjana 15 juta credit setiap hari. Kalau lihat pada harga transaksi mikro untuk 15 juta credit, ia boleh menelan kos sebanyak RM 612. Tinggi juga perbelanjaan untuk 15 juta credit itu.

Exploit ini disiarkan di forum PSNProfiles oleh Septomor. Script tersebut juga telah disertakan sekali dan hanya boleh digunakan menggunakan Windows dengan aplikasi PlayStation Remote Play tersedia. Pemain perlu masukkan input dalam game berulang kali untuk kereta membuat pusingan trek yang sama. Buat masa sekarang, Sony belum lagi memberikan tindakan kepada mereka yang menggunakan exploit credit ini.
Pengguna yang telah bangunkan script itu berkata bahawa ianya dicipta khusus sebagai protes memandangkan pengurangan payout dalam game minggu lepas, termasuklah minggu mencabar dalam francais ikonik itu. Pada minggu lepas juga, server Gran Turismo 7 offline untuk 30 jam. Ini membuatkan ramai pemain tidak mampu bermain sebahagian kandungan game tersebut, memandangkan pemain perlu sambungan internet untuk bermain kandungan single-player.

Pembangun juga telah melepaskan patch terbaru yang mengurangkan payout perlumbaan, membuatkan pemain lebih susah untuk membeli kereta baru dalam game tersebut. Harap-harap GT7 akan mendapat kemas kini baru yang boleh memuaskan hati ramai pemain malah mengelakkan exploit seperti ini berterusan.
Sumber: VGC
@gamersantaimy
Discussion about this post