Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemain Genshin Impact kena “banned” 15 tahun kerana ungkit isu sensitif!

Maira by Maira
April 12, 2022
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Pemain Genshin Impact kena “banned” 15 tahun kerana ungkit isu sensitif!
Share on FacebookShare on Twitter

Bercerita tentang “censorship” dalam game Genshin Impact, memang boleh dikatakan banyak juga perkataan yang kena censor walaupun ia bukanlah perkataan yang sensitif. Baru-baru ini ada seorang pemain Genshin Impact yang kena banned selama 15 tahun daripada Genshin Impact selepas membuat beberapa perkara sensitif. Salah satunya ialah pemain tersebut menyebut bahawa COVID-19 datang daripada China. Jom kita lihat lebih lanjut mengenai perkara ini.

Pemain Genshin Impact

Untuk pengetahuan anda, berita mengenai pemain Genshin ini telah viral dalam komuniti game tersebut di China. Pemain tersebut telah meluahkan bahawa akaunnya telah disekat selama 15 tahun daripada server game itu. Dia juga menyatakan bahawa dia tidak pernah menggunakan aplikasi daripada pihak ketiga (3rd party) atau menggunakan hack dalam Genshin Impact. Bukan setakat itu sahaja, pemain tersebut telah melaburkan sejumlah wang yang banyak dalam game itu.

Dia telah menghubungi khidmat pelanggan pembangun untuk mengetahui sebab akaunnya itu disekat. Bayangkan perasaannya apabila pihak tersebut memberitahu bahawa pemain itu telah melanggar peraturan, di mana dia telah mengatakan sesuatu yang sensitif atau dilarang dalam game itu.

Pemain Genshin Impact

Tidak berpuas hati dengan maklum balas daripada pembangun, pemain itu berasa marah dan menyebarkan maklumat tersebut dalam komuniti Genshin Impact di Weibo. Ia memang menimbulkan beberapa protes lain daripada pemain lain mengatakan ia merupakan hak mereka untuk mendapatkan kebebasan bersuara. Tetapi itu bukanlah sebab utama akaun pemain itu disekat kerana dia memang telah berkata mengenai isu sensitif dalam game itu. Bukan sahaja dia menyentuh hal COVID-19 malah dia juga ada meletakkan sesuatu yang berkaitan dengan pemerintahan China di Serenitea Pot miliknya. Anda boleh tonton video oleh Timaeus Genshinlab untuk mendapatkan cerita yang lebih terperinci.

https://www.youtube.com/watch?v=52K9-amhSWo

Macam-macam hal sungguh perangai dalam komuniti Genshin. Apapun, sebagai pengajaran kepada pemain lain, anda perlu ingat bahawa setiap game ada peraturannya. Jangan bila dah kena sekat, marah-marah tanpa menyedari kesilapan sendiri. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Gamebrott

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin Impact
Previous Post

Watch Dogs Tokyo – Manga spin-off yang diadaptasi dari francais Watch Dogs

Next Post

Pemain kedua terbaik Call of Duty: Vanguard kantoi menggunakan cheat

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pemain kedua terbaik Call of Duty: Vanguard kantoi menggunakan cheat

Pemain kedua terbaik Call of Duty: Vanguard kantoi menggunakan cheat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd