Siapa sahaja tidak kenal game terkenal oleh miHoYo, Genshin Impact masa kini. Game percuma itu tersedia untuk pemain di PC, konsol dan mobile ini mempunyai jutaan pemain pada kesemua platform tersebut.Ia juga menyebabkan ramai pemain yang ketagih sehingga menghabiskan wang mereka untuk game ini. Tetapi ketagihan itu juga ada membawa kesan positif kepada seorang pemain Genshin Impact kerana dia berjaya berhenti merokok.

Melalui subreddit rasmi Genshin Impact, pengguna u/hxomaa telah melepaskan post mengatakan ketagihannya bermain Genshin Impact berjaya membuatkannya berhenti merokok. Dia juga mendedahkan bahawa wang saku yang selalu digunakan untuk membeli rokok telah digunakan untuk membeli welkin dalam game tersebut. Berikut adalah terjemahan post tersebut:
Saya tahu ia mungkin kedengaran seperti perkara dungu tetapi saya selalu menyimpan sebahagian wang saku yang diperolehi untuk membeli sekotak rokok. Selepas saya bermain Genshin, saya menjadi obses dan menggunakan wang tersebut untuk membeli Welkin Blessing of The Moon setiap bulan. Dan ini membuatkan saya lupa tentang rokok dan kini sudah lima bulan saya tidak meroko dan berasa sangat sihat. TERIMA KASIH MIHOYO.
hxomaa melalui subreddit

Ramai orang yang mengucapkan tahniah kepadanya dan ada juga yang menasihatkannya supaya ketagihan itu tidak menghabiskan wangnya pula. Hxomaa memberitahu bahawa dia bermain dengan gaya sihat dan tidak terlalu ketagih menghabiskan wangnya dalam game tersebut. Ramai juga yang berkongsikan bahawa mereka juga berhenti merokok setelah bermain Genshin malah ada yang turun berat badan kerana wang snek digunakan untuk membeli battle pass dan welkin.
Boleh tahan juga ketagihan video game boleh lakukan kepada pemain. Tetapi ketagih bagaimanapun, jangan sesekali mengabaikan aspek lain dalam kehidupan. Setiap kebaikan pasti ada keburukannya juga. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.
Jangan lupa, strim untuk versi 2.5 akan diadakan esok pada 4 Februari 2022. Agaknya Kamisato Ayato akan muncul ke?
Sumber: Reddit

@gamersantaimy
Discussion about this post