Selepas seminggu dilancarkan, FIFA 23 dapat review negatif yang sangat banyak di Steam dan juga Metacritic! Masing-masing mempunyai alasan mereka kenapa mereka meletakkan review yang rendah terhadap game FIFA terakhir yang dibangunkan oleh EA.

Jika lihat di Metacritic, ada yang mengatakan yang ianya adalah game “Pay to Win”, terlalu banyak bug sehingga menyebabkan game tidak boleh dimainkan dan ada juga yang mengatakan yang FIFA 23 langsung tidak seimbang.
Dengan komen yang sebegini, ia meninggalkan kesan yang sangat buruk kepada user score di Metacritic dengan hanya 2.3 untuk PS5, 2.2 untuk Xbox Series X|S dan 2.0 untuk versi PC. Banyak juga alasan dan komen yang lain. Korang boleh tengok sendiri di gambar yang saya sertakan di bawah:
Manakala di Steam, ramai pemain yang tinggalkan review negatif sehingga menjadi “Mostly Negative”. Terdapat seorang pemain yang sanggup meminta duitnya kembali selepas bermain game ini selama 6.3 jam. Malangnya proses itu ditolak oleh Valve.

Bukan setakat itu sahaja, ada juga pemain yang telah menghabiskan duit mereka tetapi langsung tidak dapat masuk dan bermain game ini kerana mempunyai masalah dengan anti-cheat. Ada juga yang berlaku sebaliknya di mana mereka telah bermain sehingga 15 jam dan apabila mereka ingin membuka game, terdapat satu ralat yang tidak membenarkan mereka buka disebabkan masalah anti-cheat.
Apa yang membuatkan nasib pemain lebih malang adalah ada yang sanggup menghabiskan duit untuk membelu FIFA 23 Ultimate Edition untuk bermain 3 minit lebih awal. Tetapi apakan daya, anti-cheat yang disediakan oleh EA sangat teruk sehingga langsung tidak boleh dibuka.
Namun, ada juga yang meminta EA untuk membuat patch secepat yang mungkin untuk membenarkan pemain yang nasib malang ini bermain. Apapun, harapnya EA dapat mengeluarkan patch bagi memperbetulkan bug dan segala masalah yang ada.
Ada yang dah main FIFA 23? Apa pendapat korang tentang FIFA 23 yang telah menerima review negatif oleh ramai pemain? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai FIFA 23, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post