Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemain Dapat “Sembunyi” Game Daripada Rakan-Rakan Di Steam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 9, 2023
in Artikel, Berita, PC, Steam, Teknologi
0 0
0
Pemain Dapat “Sembunyi” Game Daripada Rakan-Rakan Di Steam
Share on FacebookShare on Twitter

Selama bertahun-tahun, Steam diakui sebagai platform paling popular untuk game PC kerana ciri-ciri yang sentiasa dikemas kini dan promosinya yang kerap. Hari ini, kita dapat berita bahawa Valve sedang mengusahakan ciri baharu yang membolehkan kita “sembunyi” game daripada library, sekali gus menyembunyikannya daripada rakan-rakan di friendlist Steam.

Berita ini didedahkan oleh Pavel Djundik (terkenal sebagai pencipta SteamDB) di Twitter. Dalam tweet di bawah, anda boleh melihat screenshot yang mempamerkan ciri “Mark as Private”. Tarikg keluaran masih belum diumumkan, tetapi kemungkinan besar ia akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Steam is working on allowing you to mark a game as private and hide it from your friends. pic.twitter.com/ngb74mJzHN

— xPaw (@thexpaw) November 8, 2023

Mengapa Ciri Ini Berguna?

Walaupun kelihatan agak basic, tetapi ciri ini sebenarnya dapat membantu daripada pelbagai segi.

Kredit: Valve

Di ruang komen, perkara pertama yang muncul dalam kebanyakan pemain apabila melihat ciri ini ialah ia bagus digunakan untuk menyembunyikan “game dewasa/matang” yang dibeli di Steam. Itu pastinya akan menjadi majoriti sebab mengapa para gamer memakai ciri ini, tetapi satu lagi sebab yang bagus adalah untuk mengelak rakan-rakan daripada mengajak anda bermain game tertentu.

Kredit: Valve

Sebagai contoh, anda mempunyai rakan menjengkelkan yang suka bermain Call of Duty dan sentiasa mengajak anda untuk bermain sekali. Anda sebenrnya pun suka bermain Call of Duty tetapi tidak mahu bermain dengannya. Solusinya adalah untuk “Mark Call of Duty as Private” dan menipu rakan itu bahawa anda tidak mempunyai game tersebut. Jika ingin bermain, anda hanya perlu tekan pilihan “Appear Offline”, supaya rakan itu tidak nampak aktiviti anda.

Kredit: Valve

Walaupun itu adalah alasan yang solid untuk memakai ciri ini, hakikatnya alasan terbesar adalah kerana para pemain ingin menyembunyikan game dewasa daripada rakan-rakan dan keluarga anda.

Mudah-mudahan, Valve akan mengumumkan tarikh keluaran ciri ini dengan tepat. Memandangkan ia didedahkan sekarang, agak masuk akal untuk ciri tersebut dilancarkan pada hujung tahun ini.


Apa pendapat anda? Ada ke game Steam yang korang ingin sembunyi daripada kawan-kawan? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Dapatkan segala berita kami tentang Steam di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Tokyo Ghoul: Break the Chains Tersedia Sekarang di Mobile iOS & Android!

Next Post

Mengenali World of Warcraft: The War Within – Permulaan Worldsoul Saga! [Interview]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Mengenali World of Warcraft: The War Within – Permulaan Worldsoul Saga! [Interview]

Mengenali World of Warcraft: The War Within - Permulaan Worldsoul Saga! [Interview]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd