Beberapa minggu yang lalu, Activision telah mengumumkan kolaborasi COD dengan siri anime dan manga terkenal iaitu Attack on Titan. Ia memperkenalkan satu bundle Levi yang mempunyai pelbagai kosmetik dan gerakan yang muncul dalam siri anime tersebut. Baru-baru ini, seorang pemain COD telah menggunakan gerakan khas daripada bundle khas Attack on Titan untuk mengelak peluru yang ditembak musuh.
Melalui Reddit, Dreamweaver_duh telah menunjukkan satu video dimana dia telah menggunakan gerakan “finisher” untuk mengelak daripada ditembak. Malah, dia berjaya melepaskan serangan melee tersebut kepada musuh itu. Boleh dikatakan rancangan dia memang terbaik dalam situasi tersebut. Anda boleh melihat video tersebut dibawah.
Walaupun dia tewas kepada tembakan peluru musuh yang lain, tetapi dia masih dapat menggunakan gerakan finisher tersebut tanpa sebarang masalah dan juga mengelak dirinya daripada dibunuh musuh berhampiran. Selain itu, Dreamweaver_duh telah meletakkan asas untuk pemain lain supaya mereka dapat mencuba sesuatu yang serupa dan berpotensi untuk menghasilkan keputusan yang lebih baik.
Ia mungkin tidak menjadi sepanjang masa, tetapi dengan gerakan pantas finisher tersebut, pemain dapat mengelakkan daripada “hitbox” mereka ditembak. Senang cerita, ia mungkin akan dimanipulasikan oleh pemain COD lain selepas ini. Walaupun ia hanya mampu membuatkan pemain mengelak peluru untuk seketika, mungkin agak susah juga untuk anda memenangi pertarungan dengan teknik itu sahaja. Ia perlukan situasi yang sesuai untuk mendapatkan peratusan yang lebih tinggi untuk berjaya.

Apa pendapat anda mengenai gerakan khas AOT ini? Adakah anda sanggup beli bundle ini untuk mencubanya dalam pertarungan? Boleh kongsikan kepada kami. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai COD, sila klik pada pautan ini.
Sumber: Gamerant
@gamersantaimy
Discussion about this post