Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin nampaknya lebih huru-hara daripada dunia itu sendiri. Game terbaru daripada Square Enix ini mempunyai beberapa gangguan teknikal kecil dan isu lain yang agak mengecewakan, membuatkan ramai yang sakit hati ketika bermain. Baru-baru ini, ada seorang pemain yang menggunakan mod untuk membotakkan kepala watak supaya fps rate game itu tidak menurun. Sehingga begitu sekali pemain itu lakukan untuk dapatkan prestasi yang lebih optimum.

Seorang pengguna Twitter, AkiraJkr1, menjumpai bahawa rambut dan bulu pada pakaian membuatkan prestasi Stranger of Paradise tidak optimum di PC. Kot berbulu pada watak sahaja berjaya membuatkan PC dengan RTX 3090 turun fps rate sehingga 25. Pemain itu juga ada berkongsikan cutscene awal dengan dark elf Astos – dengan rambut yang menawan- menunjukkan fps nya menurun sehingga 8. Dalam video lain yang menunjukkan seluruh watak botak dengan purata 30 fps yang lebih lancar.
Bukan setakat itu sahaja, seorang lagi pemain, DeathChaos25 juga berkongsi mengenai model game itu yang tidak dioptimumkan. Walaupun pada watak NPC, atau musuh biasa, model mereka mempunyai bilangan poligon yang banyak. Ini sedikit sebanyak membuatkan masalah ini lebih masuk akal.
Berikutan ini, seorang pemain di Reddit telah mencipta beberapa alat untuk membuatkan game ini lebih baik dari segi prestasi, dan ini termasuklah membuatkan semua watak game botak. Kalau anda tidak kisah untuk bermain dengan watak botak untuk fps yang lebih tinggi, bolehlah gunakan mod ini. Stranger of Paradise: Final Fantasy Origins kini tersedia di pelbagai platform seperti PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, dan PC di Epic Games Store.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, sila klik pautan ini.
Sumber: PC Gamer
@gamersantaimy
Discussion about this post