Octane dan Pathfinder nampaknya bukanlah satu-satunya watak dalam Apex Legends yang mempunyai keupayaan untuk lompat setinggi-tingginya dalam game. Sejak beberapa minggu ini, ramai pemain muncul dengan idea kreatif mereka tersendiri dan beberapa taktik terbaru yang kadang-kadang tak masuk akal dan lucu. Minggu lepas, gabungan antara Gibraltar dan Caustic tidak dinafikan menghasilkan combo yang padu dan terbaik. Kali ini, semua Legend boleh lompat paling tinggi menggunakan supply bin dalam game.
Pengguna Reddit. iangarcia menunjukkan satu bug terbaru yang membolehkan pemain melambung tinggi ke udara hanya dengan memukul supply bin itu berulang-ulang kali dan melompat ke atasnya. Ia tidak terhenti di situ, kalau korang nak kesan yang lebih power, letakkan jump pad Octane di atas supply bin tersebut, dan z-zaappp! Lompatan yang tertinggi akan terhasil!
https://twitter.com/Rhidhiculous/status/1117515716054474753
Macam pemain di atas ini, dia manfaatkan ciri supply bin tu sepenuhnya untuk mengejutkan pihak musuh dari arah yang tidak dijangka! Namun, kalau pemain berada terlalu tinggi di atas, mesej untuk “kembali ke battle” akan keluar secara automatik, jadi tidak mungkin pemain akan kekal berada di atas buat selama-lamanya. Ia juga tidak mungkin untuk bug ini akan kekal berada di Apex Legends lebih lama lagi kerana ia telah dipopularkan dan lebih ramai pemain akan berbuat demikian. Masih tiada lagi kata-kata rasmi dari Respawn Entertainment mengenai sebarang bug, tetapi developer sudah pasti menyedarinya sekarang. Korang boleh cuba sendiri bug ini sebelum semuanya kena patch!
Sumber: Reddit
@gamersantaimy
Discussion about this post