Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemain Apex Legends Cadang Tambah Baik Ability Mirage

Buat masa ini ianya langsung tak berguna

Jade Ice by Jade Ice
April 1, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Pemain Apex Legends Cadang Tambah Baik Ability Mirage
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap watak dalam Apex Legends memiliki 3 special abilities. Ianya adalah ability pasif, ability tactical dengan cooldown dan juga ability ultimate yang memiliki cooldown yang lebih lama. Ability ultimate ini adalah satu ability yang boleh mengubah keputusan sesuatu pertempuran.

Sebagai contoh, ability ultimate Lifeline boleh memanggil care package yang mengandungi barangan defensive. Untuk Mirage pula, dia akan mengeluarkan 6 decoy dan menjadikan penggunanya separa halimunan. Kebolehan ini tidak banyak aplikasinya didalam permainan. Seorang pengguna Reddit BluEyedillusion telah membuat satu posting dan telah mendapat 5,000 upvote di subreddit Apex Legends. Posting ini menyatakan bahawa kebolehan Mirage ini hanya menyebabkan pihak lawan mengetahui kehadiran dan kebarangkalian posisi pengguna Mirage.

Banyak posting di Reddit mencadangkan penambahbaikan ability ultimate Mirage, dimana ia mula di post semenjak Apex Legends dikeluarkan pada 4 Febuari lalu. Rata-rata semuanya mencadangkan yang sama, iaitu 6 decoy ini sepatutnya berlari keluar dan membuat kekecohan, daripada berdiri dan tidak berbuat apa-apa. Satu cadangan daripada pengguna Reddit, ChineseCosmo, menarik perhatian ramai:

https://gamersantai.com/wp-content/uploads/2019/03/pu8hwemihvoymfnfb7dk.mp4

Sumber: ChineseCosmo

Tetapi perubahan kepada ability ultimate Mirage ini mungkin tidak akan dibuat sekarang. Sebelum Apex Legends dikeluarkan, pembangunnya Respawn telah memberitahu falsafah mereka dalam membuat perubahan kepada sesuatu watak. Pada masa itu terdapat kebimbangan berkenaan watak yang memiliki hitbox yang besar, disini; Gibraltar dianggap underpowered. Pihak Respawn telah memberi maklum balas hitbox tersebut akan diubah dan strategi lain akan diambil kira jika ianya tidak mencukupi. Perubahan yang seimbang juga harus sempurna sebelum ianya boleh digunakan.

Setakat ini, Apex Legends boleh membuatkan seseorang itu merasakan dirinya lagenda dengan penggunaan ability ultimate yang tepat dan kena pada masanya. Tidak sekiranya anda pengguna Mirage.

Sumber: kotaku

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: decoymiragePS4respawnultimate abilityXbox One
ShareTweetSend
Previous Post

Langganan Setahun Nintendo Switch Online Percuma

Next Post

Salinan Digital Game Mungkin Boleh Di Jual Semula Di Playstation 5

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Next Post
Salinan Digital Game Mungkin Boleh Di Jual Semula Di Playstation 5

Salinan Digital Game Mungkin Boleh Di Jual Semula Di Playstation 5

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd