Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pelukis Manga One Piece Dedahkan Rancangan Selepas Tamatnya Siri!

Maira by Maira
August 17, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Pelukis Manga One Piece Dedahkan Rancangan Selepas Tamatnya Siri!

Sumber: Toei Animation, Shueisha

Share on FacebookShare on Twitter

Siri One Piece telah menempah namanya di seluruh dunia dengan gelombang besar manga dan juga anime. Setelah lebih dua dekad siri tersebut berlangsung sudah tentu semakin hari ia semakin hampir dengan penamatnya. Seperti yang didedahkan sebelum ini, siri One Piece telah pun masuk ke fasa terakhir siri, walaupun tiada tanda-tanda ia akan tamat pada tahun ini, kami pasti ramai yang terus menyokong siri hebat ini. Kita juga telah didedahkan dengan pelbagai temu ramah yang melibatkan pelukis siri, Eiichiro Oda, di mana dia telah mendedahkan pelbagai perkara menarik mengenai dirinya serta One Piece.

Sumber: Toei Animation

Ada satu persoalan yang sering berlegar dalam komuniti. Apa yang Oda-sensei akan lakukan selepas tamatnya siri One Piece? Jawapan kepada soalan ini pernah didedahkan pada tahun 2022. Memandangkan sudah lama menghasilkan manga ini, Oda-sensei pernah mengatakan bahawa dia ingin berehat serta melancong. Melihat pengembaraan Luffy bersama kawan-kawannya, pelukis itu juga teringin untuk merasai pengalaman yang sama. Rasanya kita semua setuju bahawa pelukis hebat ini memang berhak untuk berehat, betul tidak?

Sumber: Toei Animation

Paling menarik sekali, Oda-sensei pernah mengatakan bahawa dia ingin menghasilkan beberapa side story yang berkait dengan dunia One Piece. Dunia rekaannya itu bukanlah kecil, lebih-lebih lagi dengan barisan watak yang besar serta sejarah dunia fiksyen tersebut. Sudah tentu Oda-sensei mempunyai pelbagai idea mengenainya tetapi tidak berkesempatan untuk masukkannya dalam siri manga.

Sumber: Toei Animation

Dia turut menambah bahawa dia ingin melukis tentang Garp bersama-sama watak lain seperti Akainu, Aokiji, Smoker, Koby, Hina dan juga Cipher Pol. Tidak dilupakan juga mengenai Roger, yang merupakan raja lanun legenda dalam siri. Selain itu, Oda berkata bahawa dia juga ingin menghasilkan cerita yang berkait dengan Revolutionary Army dan Monkey D. Dragon. Menurutnya, cerita mengenainya pasti menarik dan serius pada masa yang sama.

Sumber: Toei Animation

Melihat rancangan-rancangan yang Oda-sensei nyatakan memang boleh membuatkan peminat teruja. Tetapi seperti yang kami nyatakan, siri One Piece masih jauh daripada penamatnya. Dengar cerita selepas ini kita akan mendapat arc Elbaf selepas banyak kali diacah dalam siri. Apa pun jangan lupa untuk sokong Oda-sensei dengan membaca manga One Piece melalui aplikasi atau laman web Manga Plus. Siri live action juga akan ditayangkan pada 31 Ogos ini di Netflix!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Eiichiro Odaone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Malaysia umum laptop gaming elit Predator Triton 17 X – harga RM18,999!

Next Post

HYENAS pamer gameplay “co-op shooter!” Ujian beta PC akan bermula 31 Ogos!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
HYENAS pamer gameplay “co-op shooter!” Ujian beta PC akan bermula 31 Ogos!

HYENAS pamer gameplay "co-op shooter!" Ujian beta PC akan bermula 31 Ogos!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd