Dunia komik telah digemparkan baru-baru ini selepas pelukis komik legenda Marvel, John Romita Sr telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Dia telah disahkan meninggal dunia pada umur 93 semasa tidur di rumah selepas anaknya John Romita Jr mengumumkan pemergian tersebut di Twitter.
I say this with a heavy heart, My father passed away peacefully in his sleep. He is a legend in the art world and it would be my honor to follow in his footsteps. Please keep your thoughts and condolences here out of respect for my family.
He was the greatest man I ever met. pic.twitter.com/Pe2K3ywbWX— John Romita JR (@JrRomita) June 14, 2023
John Romita Sr. telah bergraduasi dari Manhattan’s School of Industrial Art pada tahun 1947 dan telah menyertai tentera sebelum dia bekerja dalam industri komik. Semasa mula bekerja dalam bidang komik, dia telah mendapat reputasi yang baik dalam syarikat Timely Comics and National Comics.
Bermula dari situ, dia telah berkembang dan dapat bekerja dengan ketua pengarang Marvel iaitu Stan Lee dalam menjayakan siri The Amazing Spider-Man. Komik itu terus menjadi penjual terlaris syarikat tersebut.
Dia telah mencipta pelbagai watak sepanjang kerjayanya seperti Mary Jane Watson, Punisher, Kingpin dan ramai lagi. Dia juga membantu untuk mereka bentuk watak Wolverine di mana watak tersebut telah membuat kemunculan pertamanya dalam komik Incredible Hulk.
Bagi peminat komik, sudah pasti pemergian John Romita Sr. adalah sesuatu yang sangat sedih. Dia telah mewarnai kehidupan sejak kita kecil lagi dengan komik-komik yang dilukis. Berikutan dengan pemergiannya, ramai pelakon, producer dan ramai lagi yang berkongsi rasa kesedihan dan mengucapkan takziah.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga John Romita Jr. atas pemergian John Romita Sr yang merupakan seorang legenda komik Marvel.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post