Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pelukis Assassination Classroom Muak Lihat Karya Manga Seakan Chainsaw Man

Maira by Maira
November 23, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Pelukis Assassination Classroom Muak Lihat Karya Manga Seakan Chainsaw Man
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda mengikuti dunia komik, mesti anda pernah mendengar tentang anugerah yang dijalankan oleh majalah untuk mencari bakat baru. Antaranya ialah Jump New World Manga Award. Baru-baru ini, pencipta Assassination Classroom, Yusei Matsui telah menjadi juri kepada anugerah tersebut. Nampaknya ada banyak karya manga yang dihantar menggunakan tema yang sama sehinggakan dia menjadi muak dengannya.

Untuk pengetahuan anda Jump New World Manga Award merupakan anugerah bulanan yang diberikan kepada pelukis komik muda. Hadiah utama akan menawarkan pelukis untuk menerbitkan manga mereka dalam Shonen Jump+. Disebabkan ia oleh Weekly Shonen Jump (WSJ), jadi kebiasaannya panel juri juga daripada mangaka WSJ.

manga jump

Melalui sumber, pelukis tersebut perasan bahawa banyak karya yang melibatkan “human-drama” telah dihantar untuk anugerah tersebut. Boleh nampak betapa besarnya pengaruh Tatsuki Fujimoto, pencipta Chainsaw Man kepada pengkarya baru. Disebabkan terlalu banyak manga yang hampir sama, Matsui mengatakan bahawa dia letih melihatnya.

Yusei Matsui (Assassination Classroom, The Elusive Samurai) judged the latest Jump New World Manga Award, commenting he saw 'an overall high level with many human-drama entries seemingly influenced by Tatsuki Fujimoto'.

However, he 'got tired of seeing so many of them'. pic.twitter.com/vVb3XREXHS

— Shonen Jump News (@WSJ_manga) November 21, 2022

Dia turut memberikan nasihat kepada pengkarya baru supaya mereka lebih berfikir dengan teliti tentang karya mereka, bagaimana untuk membuatkan karya mereka terserlah daripada yang lain dan mengasah keaslian karya tersebut.

Kalau anda perasan, sudah banyak manga baru yang debut di majalah Shonen Jump telah ditamatkan selepas beberapa bab. Boleh nampak jugalah bahawa mereka memerlukan sesuatu yang lebih unik dan menarik untuk para pembaca.

manga jump

Ramai juga yang menyokong apa yang dikatakan oleh pelukis tersebut. Mana tidaknya, siapa sahaja yang ingin membaca benda yang hampir sama. Jump juga popular dengan kepelbagaian yang diberikan oleh setiap pelukis. Jadi setiap pembaca mempunyai pilihan untuk membaca siri yang mereka minati.

Apa pula pendapat anda tentang ini? Mesti anda juga melihat banyak karya yang hampir serupa sehinggakan malas untuk mengikuti ceritanya. Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai manga daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assassination ClassroomChainsaw ManJump MangaJump New World Manga Awardmanga
Previous Post

“Bot upahan Scalper” makin kurang membeli PS5, menurut kajian data! Tapi konsol masih tiada stok!

Next Post

[SPOILER]One Piece dedahkan Devil Fruit Dr. Vegapunk, boleh hafal semua benda!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[SPOILER]One Piece dedahkan Devil Fruit Dr. Vegapunk, boleh hafal semua benda!

[SPOILER]One Piece dedahkan Devil Fruit Dr. Vegapunk, boleh hafal semua benda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd