Baru sahaja datang ke platform mobile bulan lalu, The King of Fighters ALLSTAR (KOF ALLSTAR) datang dengan pelancaran acara kolaborasi terbaru bersama sebuah permainan aksi berlawan yang terkenal juga! Ya, bermula 26 November hingga 17 Disember 2019, para pemain KOF ALLSTAR akan diberi peluang untuk mengumpul watak-watak ikonik siri Tekken yang termasuk Jin Kazama, Heichahi Mishima, Kazuya Mishima, Armor King, Ling Xiaoyu, dan Paul Phoenix.
Kepada mereka yang masih baru memuat turun KOF ALLSTAR, pemain dapat memilih diantara Jiz Kazama dan Iori Yagami 98 ketika di perinkat tutorial. Manakala pemain yang sudahpun aktif boleh mendapatkanya selepas menyelesaikan misi masa terhad didalam acara ini. Banyak lagi watak Tekken boleh didapati dengan menyelesaikan ‘Event Dungeon dan Super Mission’, atau melalui bonus login, Tekken-themed Fighter & Battle Card Summon Boxes dan Prize Wheel.
Juga senarai dibawah ini adalah tambahan dalam kemaskini terbaru KOF ALLSTAR:
- Geese Howard XIV fighter (sudah boleh didapati)
- Thanksgiving Bonus Time Event (bermula 28 November)
- Mr. Big 96 dan Li Xiangfei 99 fighters (Boleh didapati bermula 1 Disember)
Manakala ini adalah beberapa perubahan yang diterima dalam kemaskini ini:
- Pebelanjaan AP dikurangkan kepada separuh untuk Gold Dungeon (EASY, NORMAL, HARD)
- Dapatkan Gold 2x ganda untuk Gold Dungeon (EXPERT)
- Dapatkan barangan Affinity 2x ganda untuk Story Mode
Bagi anda yang masih tidak tahu mengenai KOF ALLSTAR, permainan ini adalah permainan pertempuran cepat yang mencabar anda untuk berperang melalui gerombolan musuh, bos dan pasukan pejuang saingan. Semuanya sangat rapi dan disajikan dengan baik, memancarkan animasi yang mengagumkan dan gaya seni yang tersendiri. Permainan baru-baru ini mencapai 14 juta pemain, dan nyata sangat mengagumkan untuk penyesuaian mudah alih siri niche.
Untuk pelbagai kemaskini lagi permainan The King of Fighters ALLSTAR, jangan lupa untuk ikuti laman web rasminya, Facebook, Youtube dan Twitter. Muat turun KOF ALLSTAR di App Store dan Google Play sekarang!
Sumber: Netmarble Forum

@gamersantaimy
Discussion about this post