Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pelbagai siri Star Wars diumumkan di Disney D23 Expo, The Mandalorian bakal tiba tahun 2023!

safwan by safwan
September 12, 2022
in Artikel, Berita, Disney+, Movie/siri
0 0
0
Pelbagai siri Star Wars diumumkan di Disney D23 Expo, The Mandalorian bakal tiba tahun 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Marvel mengumumkan pelbagai siri dan filem, Star Wars tidak terkecuali untuk mengumumkan pelbagai siri dari animasi sehingga ke “live-action” semasa Disney D23 Expo diadakan termasuk siri original Star Wars Andor. Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat satu per satu.

Andor – 21 September

Siri original Star Wars ini berlaku pada satu masa antara kejatuhan Republic dan Rogue One. Ia juga meliputi sebahagian besar kepada permulaan Rebellion terhadap Galactic Empire dan kehidupan awal Cassian Andor yang dilakonkan oleh Diego Luna.

Andor akan mempunyai 2 season di mana setiap daripada satu season akan mempunyai 12 episod. Pada hari pertama, mereka akan menyediakan 3 episod tayangan perdana. 12 episod pertama akan menceritakan tentang kisah Cassian Andor dengan Rebellion manakala 12 episod untuk season 2 akan membawa penonton kepada permulaan Rogue One.

Tales of the Jedi – 26 Oktober

Ia merupakan siri animasi pendek yang mempunyai enam episod sahaja. Tiga episod akan menceritakan tentang Count Dooku manakala tiga lagi episod akan mengikuti Ahsoka.

Bad Batch – 4 Januari 2023

Ini merupakan musim kedua bagi Bad Batch yang ditayangkan di Disney+ bermula pada 4 Mei 2021 sehingga 13 Ogos 2021. Ia mempunyai 16 episod yang menceritakan tentang Clone Force 99 atau dikenali sebagai Bad Batch, sekumpulan askar klon elite dengan mutasi genetik yang pertama kali di perkenalkan dalam Star Wars: The Clone Wars dengan menempuhi misi tentera upahan yang berani selepas Clone Wars.

Ahsoka

Tiada sebarang trailer atau maklumat yang diberikan mengenai Ahsoka. Tetapi Jon Favreau menceritakan serba sedikit tentang siri ini kepada khalayak ramai dengan mengatakan “Dalam musim kedua Mandalorian, kami dapat membawa watak yang Dave [Filoni] dan fikirkan tentang siri live-action semasa dia berada di Clone Wars. Idea untuk memperkenalkannya melalui siri itu adalah satu cara untuk melihat sama ada penonton mahu melihat watak ini.”

Dia menyambung lagi, “Proses itu membuatkan kami berasa yakin, dan saya dapat berada di set itu bersama Dave di sini di California, dan sungguh menakjubkan apa yang mereka dapat capai dengan semua pengetahuan yang Dave ada–aksi yang menakjubkan, pertempuran lightsaber. Dave sedang mencapai puncak game-nya.”

Skeleton Crew

Sama seperti Ahsoka, mereka tidak menunjukkan sebarang trailer atau mendedahkan maklumat secara mendalam mengenainya. Tetapi Jon Watts dan Christopher Ford memperkenalkan siri ini secara ringkas, yang mengikuti sekumpulan kanak-kanak yang tersesat di galaksi Star Wars. Siri ini akan berlatarkan era New Republic. Mereka telah menjalani penggambaran selama beberapa minggu sekarang. Jude Law juga akan berada di dalam siri itu.

The Mandalorian – 2023

The Mandalorian musim ke-3 bakal ditayangkan bermula tahun 2023 dan masih tidak mempunyai tarikh rasmi bagi siri ini. Musim pertama telah ditayangkan pada 12 November 2019 dan telah menerima banyak review positif sehingga memenangi beberapa anugerah. Musim ke-2 telah ditayangkan pada 30 Oktober 2020 dan peminat sangat teruja menontonnya dan memberikan review yang positif juga.

The Mandalorian menceritakan tentang seorang pemburu Mandalorian di bahagian luar galaksi yang bernama Din Djarin. Ia bermula lima tahun selepas peristiwa Return of the Jedi (1983) dan kejatuhan Galactic Empire. Dia diupah oleh pasukan Imperial untuk mendapatkan Grogu (baby Yoda) tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana dia melarikan diri untuk melindungi bayi itu.


Setakat ini, itu sahaja yang diumumkan sepanjang Disney D23 Expo untuk Star Wars dan kesemuanya adalah siri di Disney+. Dalam banyak-banyak siri Star Wars yang diumumkan mana satu pilihan korang? Kongsi tajuk siri yang dinanti-nantikan di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Disney D23 Expo daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AhsokaAndorBad BatchSkeleton Crewstar warsTales of the JediThe Mandalorian
Previous Post

Marvel Tampil Dengan Pelbagai Info Dan Pendedahan Baru di D23 Expo 2022!

Next Post

Indiana Jones 5 adalah filem terakhir Harrison Ford sebagai watak utama, umur dah 80 tahun!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Indiana Jones 5 adalah filem terakhir Harrison Ford sebagai watak utama, umur dah 80 tahun!

Indiana Jones 5 adalah filem terakhir Harrison Ford sebagai watak utama, umur dah 80 tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd