Sejak Days Gone dilancarkan ke PC, ramai pemain PC meminta game eksklusif PlayStation untuk masuk ke platform tersebut. PS juga nampaknya ingin meluaskan pasaran mereka kepada pemain PC dan banyak juga game menarik yang tiba ke PC antaranya Horizon Zero Dawn, God of War Spider Man dan banyak lagi. Itu termasuklah game Uncharted yang telah dilancarkan pada minggu lepas di Steam dan Epic Games Store.

Malangnya game Uncharted tersebut tidak mendapat sambutan hangat seperti game eksklusif PS yang lain. Melihat daripada data yang diambil melalui SteamDB, jumlah pemain tertinggi hanya mencecah 10 ribu pemain, yang sememangnya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan game PS seperti Spider-Man dan God of War. Bukan setakat itu sahaja, Days Gone juga mempunyai jumlah pemain yang lebih ramai berbanding Uncharted.

Agak pelik juga mengapa game Uncharted tidak berjaya untuk menarik ramai pemain di Steam. Tetapi kalau dilihat pada masa ia dilancarkan, memang agak lama berbanding versi PS5. Bayangkan sudah ramai yang teruja untuk membelinya, tetapi ia terpaksa menunggu lama. Kalau ia dilancarkan pada waktu sama dengan tayangan filem, mungkin ia akan menarik lebih ramai pemain.
Ada kemungkinan juga kerana game yang dikeluarkan tidak termasuk dengan game-game terdahulu. Kalau anda ingin tahu, siri Uncharted mempunyai 4 game yang tertumpu kepada Nathan Drake manakala satu spin-off yang tertumpu kepada watak baru, Chloe Frazer. Mungkin ramai yang inginkan koleksi penuh untuk Nathan Drake sebelum memainkan spin-off, The Lost Legacy.

Apa pula pendapat anda mengenainya? Adakah anda sudah bermain game ini di PC? Boleh tinggalkan pendapat di ruangan komen! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Uncharted daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post