Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pelan One Piece Untuk 2024 – Straw Hat Pergi Ke Elbaf, Pertarungan Antara Dua Watak Penting

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 19, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Pelan One Piece Untuk 2024 – Straw Hat Pergi Ke Elbaf, Pertarungan Antara Dua Watak Penting
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara Jump Festa 24′ baru-baru ini, francais One Piece telah mendedahkan macam-macam berita dan projek menarik. Malah, pencipta Eiichiro Oda turut menjelaskan rancangan manga One Piece pada tahun 2024; di mana krew Straw Hat akan berlayar ke pulau baru dan satu pertarungan terbesar antara dua watak kuat akan berlaku.

Berikut ialah mesej Eiichiro Oda tentang One Piece semasa Jump Festa 2024:

For those who love "ONE PIECE" from all over the world, this is English ver. of the message from Oda-sensei in #JumpFesta 2024🏴‍☠️

Share the special announcement of "THE ONE PIECE" with Eng. Sub.👉 https://t.co/s6MejtYyLl#OP_globalinfo#ONEPIECE pic.twitter.com/Ep84ih1WDY

— ONE PIECE スタッフ【公式】/ Official (@Eiichiro_Staff) December 18, 2023

Tahun depan adalah ulang tahun anime yang ke-25!! Kami mempunyai projek besar dalam rancangan yang anda pasti suka!!

Sudah tentu, itu tidak bermakna saya akan duduk sahaja apabila bercakap tentang manga. Begitu banyak watak melalui beberapa cabaran penting tahun ini. Dunia mereka boleh menjadi tempat yang benar-benar menakutkan. Jika Luffy dan kru berjaya keluar dari Egghead dengan selamat…adakah anda fikir mereka akan pergi ke…PULAU ITU? Maksud saya, saya sudah fikirkan laluan untuk mereka yang tidak melibatkan [pulau itu] tetapi… Saya tidak pasti saya boleh menghalang Luffy, walaupun mahu. Jika mereka pergi, anda tahu itu bermakna akan ada pertarungan besar untuk mendapatkan…BARANG ITU!

Dan akhir sekali, pertarungan yang ditunggu-tunggu antara ORANG ITU dan ORANG LAIN ITU mungkin mempunyai hasil yang tidak dijangka!!

– Eiichiro Oda.”

Kredit: Shueisha

Berdasarkan mesej ini, agak jelas bahawa Luffy dan kru Straw Hat dapat melarikan diri dari Egghead. Walaupun dikepung oleh pihak Marine dan Saint Jaygarcia Saturn, mereka akan memenangi pertarungan itu dan melarikan diri. Dari sana, krru Straw Hat akan menuju ke destinasi baru iaitu Elbaf (yang pernah disebut Luffy oleh Luffy). Itulah satu-satunya petanda buat masa ini.

Kredit: Shueisha

Seterusnya, sebuah pertarungan besar akan berlaku. Menurut Oda, dua watak kuat One Piece akan bertembung pada tahun 2024 dan keputusannya mungkin agak mengejutkan. Teori di internet mengatakan hanya tiga watak sahaja yang memenuhi krirteria “watak kuat ini” iaitu Luffy, Shanks, dan Blackbeard.

Kredit: Toei

Kemungkinan pertama; Luffy melawan Shanks. Luffy ingin pergi ke Elbaf, dan pulau itu pula dilindungi oleh Shanks – satu pertembungan besar memang tidak boleh dielakkan. Lagipun di Punk Hazard, Luffy meluahkan hasrat untuk mengalahkan keempat-empat Yonko  dan Shanks adalah salah satu daripadanya.

Kredit: Toei

Satu lagi kemungkinan; Shanks melawan Blackbeard. Di Marineford, Blackbeard menyebut bahawa terlalu awal untuk mereka bertarung, namun mungkin inilah masanya untuk kedua-duanya beraksi. Selepas peristiwa Wano, kita dapat lihat Shanks pun sedang mencari Blackbeard. Sebelum meninggalkan Elbaf, sekali lagi dia bertanya kepada kru tentang lokasi Blackbeard. Jadi, ini mungkin pertarungan yang Oda maksudkan.


Selain rancangan manga, siri anime One Piece juga akan mendapat remake baharu oleh Netflix! Siri itu berjudul “The One Piece” dan akan dihasilkan oleh Wit Studio serta ditayangkan secara eksklusif melalui Netflix.

Korang boleh baca berita penuh kami tentang One Piece di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeluffyone piece
ShareTweetSend
Previous Post

“It’s Anime” Saluran Youtube Baharu untuk Korang Layan Anime Secara Percuma!

Next Post

The Boy and The Heron Review — Pengembaraan Fantasi Baharu Oleh Studio Ghibli!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
The Boy and The Heron Review — Pengembaraan Fantasi Baharu Oleh Studio Ghibli!

The Boy and The Heron Review -- Pengembaraan Fantasi Baharu Oleh Studio Ghibli!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd