Dengan tarikh tayangan untuk siri live action One Piece semakin menghampiri, nampaknya peminat mendapat satu lagi kejutan khas! Semasa Anime Expo 2023, diumumkan bahawa pelakon suara daripada siri anime One Piece akan meminjamkan suara mereka untuk siri live action Netflix itu! Ia telah diumumkan melalui sebuah video yang telah dilepaskan Netflix. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Dalam video tersebut, Mayumi Tanaka, pelakon suara kepada Monkey D. Luffy telah menyambut Iñaki Godoy (pelakon live action untuk Luffy) ke Straw Hats dengan memberikan topi jerami ikonik yang dipakai Luffy.
Bersama-sama Tanaka, pelakon suara lain seperti Kazuya Nakai (Roronoa Zoro), Akemi Okamura (Nami), Kappei Yamaguchi (Usopp) dan Hiroaki Hirata (Sanji) turut meminjamkan suara mereka untuk watak masing-masing.

Berdasarkan siri manga oleh Eiichiro Oda, One Piece ialah pengembaraan laut lepas legenda. Monkey D. Luffy adalah seorang pengembara muda yang inginkan kehidupan yang bebas sejak kecil. Luffy bertolak dari kampungnya dan mulakan perjalanan berbahaya untuk mencari harta karun legenda, One Piece, untuk menjadi Raja Lanun! Tetapi untuk mencari harta karun itu, dia perlu mencar anak kapal yang selalu dia inginkan sebelum mencari kapal untuk belayar, meneroka lautan biru yang luas, mengatasi Marine dan menewaskan musuh berbahaya.

Siri live action One Piece mempunyai lapan episode kesemuanya dan akan ditayangkan pada 31 Ogos di Netflix! Anda boleh set “reminder” di Netflix untuk mendapatkan notifikasi apabila siri tersebut tersedia nanti!
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post