Dimana pelajar-pelajar Universiti di seluruh Malaysia? Kami ingin menyeru anda semua kerana suatu acara besar PUBG Mobile akan mengegarkan Universiti anda hujung bulan ini! Beberapa Universiti di seluruh Malaysia akan menjadi pilihan untuk acara pertama kali yang diadakan di Malaysia iaitu PUBG Mobile Campus Championship 2019 dengan kolam hadiah sebesar RM 60,000.00!!!
Dalam pengumuman yang kami terima ini, acara ini akan memilih dari 14 Universiti seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang akan memilih pemain yang merupakan pelajar Universiti dari 1152 pasukan (max) dalam pemilihan melalui Online. Kemudian sebanyak 112 pasukan megikut wilayah akan dipilih dan dari situ 16 pasukan akan berentap di acara Grand Final!
https://www.facebook.com/PUBGMOBILE.MY.OFFICIAL/videos/1895214883915175/
Berikut adalah senarai Universiti yang akan mengambil bahagian serta tarikhnya;
- 23-24 September 2019
- UMK – Universiti Malaysia Kelantan
- UMT – Universiti Malaysia Terengganu
- UMP – Universiti Malaysia Pahang
- 2-3 Oktober 2019
- UTM – Universiti Teknologi Malaysia
- UPSI – Universiti Pendidikan Sultan Idris
- 3-4 Oktober 2019
- USM – Universiti Sains Malaysia
- 9-10 Oktober 2019
- UUM – Universiti Utara Malaysia
- UMS – Universiti Malaysia Sabah
- 10-11 Oktober 2019
- UNIMAS – Universiti Malaysia Sarawak
- 16-17 Oktober 2019
- UM – University of Malaya
- UPM – Universiti Putra Malaysia
- 17-18 Oktober 2019
- IIUM – International Islamic Universiti Malaysia
- 22-23 Oktober 2019
- UKM – Universiti Kebangsaan Malaysia
- UITM – Universiti Teknologi MARA
Acara pesta / komuniti tontonan akan dianjurkan semasa Peringkat Serantau – 7 lokasi di seluruh negara, untuk mengumpulkan peminat PUBG Mobile ke lokasi luar talian untuk menonton kejohanan bersama-sama. Juga peminat turut berpeluang untuk berjumpa dengan pemain PUBG Mobile Profesional, bertemu komuniti PUBG Mobile, terdapat hadiah dan undian , pelbagai booth dan aktiviti lain.
Kepada pelajar yang bukan pemain PUBG Mobile, anda juga berpeluang untuk menyertai pertandingan Design mengikut tema yang disediakan pihak PUBG Mobile seperti Fantasi, Adiwira, Sekolah, dan Tema Malaysia. Peserta (pelajar universiti sahaja) boleh memilih SATU tema di atas dan berpeluang untuk memenangi HADIAH GRAND dengan reka bentuk bertemakan kreatif mereka dan mendapatkan item yang dipaparkan dalam permainan.
Pendaftaran untuk pertandingan ini akan dibuka pada 1 – 6 Oktober ini di Facebook rasmi PUBG Mobile. Kemudian pada tarikh 7-20 Oktober, pertandingan akan bermula dan peserta haruslah melakukan design yang terbaik mengikut tema. 30 design terbaik akan dimasukkan ke dalam album Facebook PUBG Mobile dan pada 11-17 November, design-design tersebut akan dibuka untuk undian melalui like yang paling banyak. Penilaian terakhir dan penyampaian hadiah akan diadakan pada 18-24 November 2019. Bagi pemenang yang mendapat paling banyak like (sukaan) di Facebook juga akan menerima hadiah istimewa.
Sebarang kemas kini akan diberitahu dalam masa terdekat dan anda juga boleh mengikuti laman Facebook PUBG Mobile Malaysia untuk lebih lanjut mengenai acara ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post