Siapa yang pergi ke Penang Esports Festival 2019 di Setia Spice Arena hari ini? Ada yang lihat acara PUBG Mobile disana? Atau hanya lihat siaran lansung di Facebook Malaysia Esports Arena – MEA? Pasti anda tahu hari pertama telah pun berakhir dan setiap dari kumpulan pemilihan yang berjaya masuk ke semi -final. Anda tahu tidak, salah satu kumpulan yang menarik perhatian kami hari ini adalah AXIS Ladies Elite juga merupakan satu-satunya pasukan wanita yang melayakkan diri ke pusingan seterusnya berlansung esok! Sebelum itu kita lihat pasukan yang berjaya ke pusingan hari esok;

Siapa sangka wanita-wanita ini boleh setanding dengan pemain lelaki betul tidak? Jadi kami tidak melepaskan peluang untuk menemu ramah wanita-wanita cantik dari Axis Ladies Elite ini sebentar tadi! Memperkenalkan Fatin Aqilah (Axis Qilla) selaku Kapten pasukan, Nur Erina (Axis Erynna) selaku Sniper, Farah Umaina (Axis Baby Shark) selaku Scouter, Salsabilla (Axis Bella) selaku Marksman dan Farah Zulaikha (Axis Farah) selaku Supporter kesemua mereka daripada Axis Limitless dan kini bergabung untuk menjadi yang terbaik di dalam PUBG Mobile.
Qilla mengongsikan serba sedikit mengenai pengenalanya sebelum tubuhnya pasukan ini iaitu bersama Erynna dan Bella oleh kerana mereka merupakan Streamer dan bermain beberapa kali, kemudian barulah menjadi makin rapat selepas pasukan ini ditubuhkan.
Paling menarik yang kami tidak lepaskan peluang untuk bertanyakan kepada mereka adalah rahsia skil yang digunakan mereka dalam perlawanan. Mereka menyatakan yang utama adalah daripada menyertai room custom online, mereka belajar untuk melatih diri supaya biasa dalam keadaan tekanan permainan terutama di bulatan terakhir dalam permainan dan yang paling penting adalah percaya dengan pasukan sendiri.
Dengan menggunakan cara merancang dari ‘bar-bar’ untuk setiap perlawanan, wanita-wanita ini mempunyai strategik yang lebih baik dan terancang untuk setiap perlawanan mereka. Antaranya seperti terjun kemudian dari kapal terbang dan memilih hujung-hujung kawasan bulatan bagi mengelak dari point yang dipilih pemain lain.
Tidak habis disitu, kami juga bertanyakan senjata kegemaran mereka di dalam PUBG Mobile! Bukan ‘besher-besher’ mereka ini semua, senjata kegemaran pun sama padu dengan orangnya. Seperti Erynn yang gemarkan M416, Groza dan M249; Shark juga sukakan M416, MK14 dan M249, Qilla pula sukakan kedua senjatanya adalah jenis AR (Assault Riffle) seperti M416 + AKM; Bella sukakan M416, AKM dan MK14 dan yang terakhir Farah pula sukakan M416 dan AUG.
Paling penting disini, kami bertanyakan perasaan mereka untuk ke peringkat seterusnya esok, siapa sangka kesemua mereka sangat teruja dan mereka ingin berikan yang terbaik dan buka mata orang ramai bahawa perempuan juga boleh bermain PUBG Mobile.
Kami turut bertanyakan pasukan yang digeruni mereka sebelum ke penghujung soalan, dan antara pasukan tersebut adalah The Farang Esports, pasukan yang layakkan diri di PMCO dan juga N.E.D Esports yang membawa ramai pemainya ke Penang Esports Festival ini.
Kata-kata terakhir dari Axis Ladies Elite terutama kepada pemain PUBG Mobile wanita, abaikan segala pekara buruk dari mulut seseorang, teruskan perjuangan kepada apa yang dinginkan dan tunjukkan pencapaian anda yang telah anda lakukan dengan usaha itu.
Jom usha temuramah selebihnya disini;
Jadi kami dari Gamer Santai mengucapkan terima kasih kepada pasuakan Axis Ladies Elite untuk temuramah ini dan buat yang terbaik untuk menjadi pemenang tournament PUBG Mobile Penang Esports Festival 2019 esok! Nantikan ulasan selebihnya nanti!
@gamersantaimy
Discussion about this post