Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pecah rekod! Baldur’s Gate 3 mendahului carta “game PC terbaik dalam sejarah”!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 15, 2023
in Action, Artikel, Berita, GOG, PC, RPG, Steam
0 0
0
Pecah rekod! Baldur’s Gate 3 mendahului carta “game PC terbaik dalam sejarah”!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun baru sahaja dilancarkan pada awal bulan ini, Baldur’s Gate 3 berjaya menambat hati pemain di seluruh dunia kerana elemen naratif, gameplay, customization, dan fungsi co-op yang bagus. Baldur’s Gate 3 menjadi sangat popular sehingga ia berjaya memecahkan rekod baru dan kini mendahului carta “game PC terbaik dalam sejarah“, di tempat pertama.

Secara lebih spesifik lagi, Baldur’s Gate 3 menerima skor keseluruhan sebanyak 97 pada Metacritic – sebuah laman web boleh dipercayai yang menunjukkan skor dan ulasan bagi pelbagai filem, rancangan televisyen, album muzik, game, buku dan sebagainya. Dahulu, carta ini dipegang oleh Disco Elysium: The Final Cut, yang turut mempunyai skor yang sama tetapi Baldur’s Gate 3 terbukti lebih berjaya kerana mempunyai lebih banyak ulasan setakat 15 Ogos.

Berikut adalah carta lengkap bagi 10 game PC terbaik sepanjang sejarah:

  1. Baldur’s Gate 3 (97)
  2. Disco Elysium: The Final Cut (97)
  3. Half-Life 2 (97)
  4. Grand Theft Auto 5 (96)
  5. The Orange Box (96)
  6. Half-Life (96)
  7. BioShock (96)
  8. Baldur’s Gate 2: Shadows of Amn (95)
  9. Persona 5 Royal (95)
  10. Portal 2 (95)
Kredit: Metacritic

Pada masa ini, Baldur’s Gate 3 mempunyai sebanyak 6258 ulasan dengan purata skor 9.7, sekali gus menduduki tempat pertama dalam kategori tersebut. Untuk konteks, kesemua game lain turut mempunyai markah yang tinggi tetapi hakikatnya, majoriti dihasilkan pada beberapa tahun lepas hinggalah ke era awal 2000-an.

Ini merupakan pencapaian yang hebat memandangkan Baldur’s Gate 3 baru sahaja dilancarkan secara rasmi dua minggu lepas.

Kredit: Larian Studios

Bagi mereka yang tidak tahu, Baldur’s Gate 3 ialah judul RPG yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Larian Studios. Merupakan game utama ketiga dalam siri Baldur’s Gate, ia menggunakan sistem tabletop role-playing berdasarkan permainan papan popular, Dungeons & Dragons. Boleh dimainkan secara single-player atau co-op multiplayer, pemain boleh mencipta satu (atau lebih) watak lalu membentuk parti bersama watak lain untuk meneroka jalan cerita permainan.

Buat sesiapa yang berminat, Baldur’s Gate 3 kini tersedia di PC dan bakal dilancarkan pada 6 September di PS5, manakala versi Xbox Series X/S masih dalam pembangunan.

Kredit: Larian Studios

Sumber: Metacritic

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Baldur's Gate 3PC
ShareTweetSend
Previous Post

Bruce Lee bakal dapat anime sendiri, dibuat oleh anak perempuannya!

Next Post

PAYDAY 3 Beta — Pandangan Pertama Misi Dalam Entri Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
PAYDAY 3 Beta — Pandangan Pertama Misi Dalam Entri Baharu!

PAYDAY 3 Beta -- Pandangan Pertama Misi Dalam Entri Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd