Godfall pada asasnya menyuruh anda menewaskan seorang dewa jahat. Dewa di dalam dunia permainan itu bernama Macros dan anda sebagai seorang kesatria Valorian, harus menewaskan dewa tersebut dan askarnya dengan menggunakan kombo licik dan abiliti-abiliti istimewa. Kami mendapat pandangan pertama untuk gameplay-nya di pelantar semasa PC Gaming Show 2020 dan anda pun boleh tonton pada video di bawah:
Sebagai seorang kesatria Valorian, anda dilengkapi dengan “Valorplates“, baju-baju besi yang memberikan anda pelbagai abiliti yang berbeza. Ia lebih seperti game fantasi, tetapi memberi tumpuan yang tinggi pada aspek “looting”. Menurut artikel lama kami, ada lima kelas senjata untuk dicuba, dan anda boleh bermain bersama dua rakan secara co-op.
Godfall sedang dibangunkan oleh Counterplay Games dan akan diterbitkan oleh Gearbox serta akan keluar di PC dan PS5 pada hujung tahun ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post