Microsoft nampaknya merancang untuk memberikan PC Game Pass percuma untuk pembelian laptop gaming dan sedang dalam perbincangan dengan beberapa syarikat laptop tempatan, menurut sumber yang biasa dengan perkara ini. Walaupun maklumat mengenai perjanjian itu tidak didedahkan sepenuhnya, tetapi kami menerima laporan bahawa dengan pembelian laptop gaming baru, pembeli akan menerima satu bulan langganan percubaan untuk pas tersebut.

Ini sememangnya langkah yang menarik oleh Microsoft memandangkan Xbox kini membina reputasinya di rantau Asia Tenggara. Reputasi jenama itu agak lemah di rantau ini memandangkan konsol terbarunya, Xbox Series X tidak dilancarkan di banyak negara Asia Tenggara. Dengan kehadiran PC Game Pass di Malaysia pada minggu lepas, ia sememangnya mendapat perhatian ramai pemain. Lebih-lebih lagi dengan kandungan game yang banyak serta harga yang ditawarkan mengikut negara.
Pendapat mengenai langganan percuma
Seperti maklumat di atas, pembeli boleh mencuba PC Game Pass secara percuma untuk sebulan. Tetapi pas percubaan itu seperti tidak cukup memandangkan jenama hebat lain mampu memberikan tempoh percubaan yang lebih lama. Contohnya seperti Samsung, yang menawarkan sehingga empat bulan langganan Youtube Premium atau tiga bulan Spotify Premium secara percuma.

Hanya satu bulan sahaja langganan PC Game Pass, sudah tentu ramai yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk mencuba lebih banyak game tersedia pada laptop gaming yang dibeli. Jika pas ini ditawarkan secara tiga bulan, ia tentunya tawaran yang boleh menarik lebih ramai gamer untuk mencubanya. Memandangkan ada beberapa game yang akan disingkirkan daripada pas selepas beberapa waktu, tempoh masa langganan yang lebih lama sudah tentu memberikan masa lebih kepada pemain untuk bermain game ini.
Apa pendapat anda mengenainya? Adakah anda ingin tempoh langganan percuma yang lebih lama? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai PC Game Pass, sila klik pautan ini.
Sumber: Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post