Skydance New Media telah mengesahkan bahawa game Marvel 1943: Rise of Hydra, yang pada asalnya dijadualkan untuk keluar pada 2025, kini ditangguhkan ke awal 2026.
Pasukan pembangun game ini mengumumkan penangguhan tersebut dalam satu kenyataan rasmi, menyatakan bahawa masa tambahan diperlukan untuk memastikan game ini mencapai tahap kualiti tinggi yang selaras dengan visi kreatif mereka.
“Kami ada kemas kini penting: Marvel 1943: Rise of Hydra kini akan dilancarkan pada awal 2026,” jelas Pasukan Marvel 1943. “Masa tambahan ini membolehkan kami menambah baik permainan dan memastikan pengalaman terbaik untuk anda, selaras dengan visi kami. Kami ada banyak perkara menarik untuk dikongsi dan tak sabar untuk berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat!”

Marvel 1943: Rise of Hydra ialah game aksi-pengembaraan berasaskan naratif untuk single-player, berlatarbelakangkan Paris semasa Perang Dunia Kedua. Ceritanya diilhamkan daripada siri komik terhad Marvel 2010, Captain America / Black Panther: Flags of Our Fathers.
Pemain akan mengawal empat watak utama: Steve Rogers (Captain America), Azzuri (Black Panther), Gabriel Jones (ahli Howling Commandos), dan Nanali (ketua Wakandan Spy Network). Jalan cerita berpusat pada pakatan antara Captain America dan Black Panther dalam usaha mereka menggagalkan kebangkitan organisasi pengganas Hydra.
Setiap watak yang boleh dimainkan menawarkan perspektif dan kebolehan unik, memberikan variasi dalam pengalaman naratif yang linear.
Walaupun butiran gameplay masih terhad tanpa rakaman rasmi atau penjelasan mekanik, Marvel 1943: Rise of Hydra dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, menjanjikan visual yang memukau seperti yang dipaparkan dalam teaser pertamanya.
Platform rasmi belum disahkan, tetapi game ini dijangka akan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan PC, sesuai dengan penggunaan teknologi terkini.
@gamersantaimy
Discussion about this post