Siapa disini peminat siri-siri KAMEN RIDER terutama siri KAMEN RIDER RYUKI? Siapa peminat setia pasti tahu suit pakaian untuk siri ini yang berwarna merah dan sangat menyerlah kan? Jadi berita baik kepada korang sebuah syarikat produksi yang bernama Unknown Project akan melancarkan Model Figurin Kamen Rider Ryuki berdimensi 60cm ketinggiannya, lebar 32cm dan luas 33.5cm. Korang boleh lihat sendiri bertapa menarik cantik terbaik gaya patung terbaru ni! Dengan gaya separuh menunduk seperti mahu lakukan serangan tu yang membuatkan peminat geram dan sukar melepaskan patung Kamen Rider ni kan!
Patung figurin ni tersangatlah terhad dan mempunyai 500 unit sahaja seluruh dunia. Dikatakan mata Kamen Rider ada kesan cahaya dan juga senjatanya boleh ditukar. Agak-agak bosan tengok senjata sama bolehlah korang tukarkan!
Harga untuk patung ini adalah RM3,350 dan sekali lagi diingatkan ianya akan hadir tahun hadapan iaitu tahun 2020. Pada yang berminat untuk pra-pembelian bersama 45% deposit di laman web rasmi GAMEHARBORS. Cepat-cepat dapatkan sebelum terlambat okay!
Sumber: Wanuxi
@gamersantaimy
Discussion about this post