Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pasukan Valorant Singapura berkongsi pingat emas bersama Indonesia selepas didakwa menggunakan bug dalam Sukan SEA 2023

safwan by safwan
May 12, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports
0 0
0
Pasukan Valorant Singapura berkongsi pingat emas bersama Indonesia selepas didakwa menggunakan bug dalam Sukan SEA 2023

Kredit: Valo2Asia

Share on FacebookShare on Twitter

Sukan SEA 2023 telah berlangsung bermula pada 5 Mei sehingga 17 Mei 2023 di Kemboja dan pelbagai sukan yang dipertandingkan termasuk kategori terbaru iaitu esports. Namun, terdapat sedikit kontroversi yang kurang menyenangkan berlaku dalam peringkat akhir kejohanan Valorant diantara pasukan Indonesia dan Singapura semasa Sukan SEA berlangsung.

Kontroversi ini bermula apabila pemain dari Indonesia menghentikan perlawanan (technical pause) sehingga 10-20 minit selepas pusingan 14 dengan skor 10-4. Semasa technical pause berlangsung, pasukan Indonesia telah berbincang dengan pihak penganjur tanpa pengetahuan pasukan Singapura dan telah memain semula pusingan 14 kerana menggunakan bug.

Watak yang digunakan oleh pemain tersebut adalah Cypher di mana dia mempunyai kelebihan untuk meletakkan kamera pada sudut tertentu dan telah melihat pemain musuh di sebalik dinding semasa dalam “buy phase”. Semasa “buy phase”, pemain tidak sepatutnya dapat melihat pemain musuh tetapi apabila perkara sebaliknya berlaku, ia adalah bug dan tidak boleh digunakan pada perlawanan rasmi.

so to give some context on why we complain. and this is with the organizers admins. pic.twitter.com/f3EvtzOgz8

— frostmind (@rafidndr_) May 10, 2023

Perlawanan diantara pasukan Singapura dan Indonesia akhirnya berlangsung sehingga 11 jam akibat perbincangan dengan pihak penganjur dan akhirnya pasukan Indonesia membuat keputusan untuk menarik diri dan tidak ingin meneruskan perlawanan tersebut.

Akhirnya keputusan perlawanan tersebut telah diumumkan dan pasukan Singapura dan Indonesia berkongsi pingat emas untuk kategori Valorant.

SEA GAMES 32

Read : https://t.co/6n4ve6o0FP

— DSG STYRON (@STYR0N) May 11, 2023

Namun, apa yang saya difahamkan adalah pasukan Singapura langsung tidak menggunakan bug yang disenaraikan dalam “rulebook” dan “exploit list” yang diberikan oleh pihak penganjur. Kamera yang digunakan mereka langsung tidak berpusing ke arah musuh semasa “buy phase”. Tetapi kedudukan kamera yang mereka gunakan adalah salah dan itu keputusan penganjur.

Kredit: Valo2Asia

Untuk keputusan penuh Valorant bagi Sukan SEA kali ini, Singapura dan Indonesia berkongsi pingat emas manakala Filipina dan Vietnam berkongsi pingat gangsa walaupun menang 2-0 dengan adil. Pasukan Malaysia telah kalah dalam semua perlawanan di peringkat kumpulan dan tidak layak untuk ke peringkat seterusnya.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: SEA Games 2023Sukan SEA 2023VALORANT
ShareTweetSend
Previous Post

Gamer Santai mencari Intern untuk posisi ‘Jurnalis/Video Editor’ – Minat game? Sertai kami sekarang!

Next Post

Sukan SEA 2023 – Pasukan MLBB perempuan bawa pulang pingat gangsa untuk Malaysia!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Sukan SEA 2023 – Pasukan MLBB perempuan bawa pulang pingat gangsa untuk Malaysia!

Sukan SEA 2023 - Pasukan MLBB perempuan bawa pulang pingat gangsa untuk Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd