Pusingan akhir Predator League 2022 Malaysia PUBG telah pun menutupkan tirainya sebentar tadi dengan menyaksikan 16 pasukan merebutkan prize pool sehingga RM35,000 termasuk produk-produk Acer Predator!! Maka malam ini kita dapat menyaksikan pasukan gergasi ShuaiGeDui aka SGD memperoleh gelaran juara dan membawa pulang RM11,000 berserta gaming chair istimewa serta menempah tiket ke Predator League 2022 Finals yang akan berlangsung di Jepun sebagai wakil Malaysia!

Paukan ShuaiGeDui (SGD) ternyata menyerlahkan kehebatan mereka dengan hanya 1 Winner Winner Chicken Dinner (WWCD), 25 point daripada segi placement (kedudukan bagi setiap pusingan) 64 Kill dan mata keseluruhan sebanyak adalah 89 dalam keseluruhan 8 pusingan yang bermula dari 10 September jam 12PM hingga 7.30PM di Esports Integrated, Spacerubix!

Tempat kedua dimenangi oleh Team Setup dan membawa pulang RM7,500 + Predator Galea 350 Gaming Headset, mereka berjaya mendapat 2 WWCD, 34 poin placement, 52 kill dengan jumlah mata keseluruhan 86. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Titan yang tidak berjaya mendapat WWCD tetapi sebaliknya amat cemerlang dengan 17 poin placement, 51 kill dan jumlah mata 86. Titan pula membawa pulang RM4,000 berserta gaming mouse Cestus 335.

Berikut adalah senarai keseluruhan mata untuk Predator League 2020 Malaysia PUBG ;
Disini pula senarai hadiah tempat keempat hingga seterusnya;
- Tempat ke-4 – RM3,000 + Predator Reflective Bag
- Tempat ke-5 & ke-6 – RM1750 + Predator T-Shirt & Cap
- Tempat ke-7 & ke-8 – RM1000 + Predator T-Shirt & Cap
- Tempat ke-9 hingga 16 – RM500 + Predator T-Shirt & Cap
Jadi tahniah sekali lagi buat pasukan ShuaiGeDui dan Team Setup yang berjaya mewakili Malaysia untuk pusingan akhir Predator League 2022! Semoga berjaya disana nanti!
Bukan itu sahaja! Esok pada 11 September, kejohanan Predator League Malaysia Qualifiers Dota 2 akan berlangsung di lokasi yang sama! Bagi mereka yang tidak ingin menonton secara live stream, korang dialu-alukan untuk menghadiri lokasi acara yang penuh dengan aktiviti menarik, pameran produk Predator termasuk desktop, laptop dan monitor gaming, merchandise eksklusif seperti baju, beg, dll, sesi bergambar bersama cosplayer, serta food truck sedap supaya pengunjung tidak perlu kelaparan.
Jadi jangan tunggu lagi! Jom pergi ke Spacerubix untuk menonton kesudahan kejohanan Predator League Malaysia Dota 2 bermula 10AM hingga 10PM!
Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Predator, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post