Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Panggil Kekuatan Gaming anda untuk ‘Live Your World’ pada Acer Day ini!

Nyny.A by Nyny.A
July 30, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Livestream, Promosi, Teknologi
0 0
0
Panggil Kekuatan Gaming anda untuk ‘Live Your World’ pada Acer Day ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan Acer Day ‘Live Your World’, Acer Malaysia hari ini memperkenalkan dekstop gaming baharu Predator Orion 3000 dan Acer Nitro 50 serta monitor gaming Predator X34GS dan Acer Nitro XV252Q F bagi membantu rakyat Malaysia menjana tenaga semasa bekerja dan bermain.

Predator Orion 3000

Direka untuk gamers yang mahukan pengalaman permainan terbaik di dalam kelasnya, Predator Orion 3000 adalah rig bersaiz pertengahan dikuasakan oleh pemproses Intel Core i7-11700F dengan NVIDIA GeForce RTX 3070. Mengekalkan kedinginan Predator Orion 3000 untuk beroperasi pada paras optimum adalah kipas dijurutera khusus FrostBlade™ 92 mm x 92 mm bagi memberikan tekanan statik tinggi dan aliran udara.

PredatorSense yang telah dipasang sebelumnya membolehkan pemain memantau dan menguruskan sistem dengan mudah, termasuk menyesuaikan bar cahaya RGB menegak. Sementara itu, kaca tahan pecah patuh EMI memberikan semua pandangan tentang apa yang ada di dalamnya.

Dengan RAM 8GB dan PCIe NVMe SSD 1TB, Predator Orion 3000 mempunyai slot tambahan yang membolehkan RAM sehingga 64GB dan peningkatan storan. Tersedia mulai 3 Ogos 2021 di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan kedai penjual semula yang sah di seluruh negara, Predator Orion 3000 dijual pada harga bermula RM3,999. Semasa Acer Day x Shopee Superbrand yang akan datang, sebarang pembelian Predator Orion 3000 baru dengan pemproses Intel® Core i7- 11700F atau pemproses Intel® Core i5-11400F akan disertakan masing-masingnya, dengan Predator Galea 350 Gaming Headset bernilai RM349 atau Predator Galea 311 Gaming Headset bernilai RM199.

Acer Nitro 50

Acer Nitro 50 direka bagi pemain permainan video yang mahukan penambahbaikan di serata aspek dan pengalaman permainan lebih baik. Ia dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce GTX1660 SUPER. Ia menyokong Acer Nitro 50 sehingga 512GB SSD dan 8GB DDR4 RAM beserta slot tambahan bagi penambahan kapasiti.

Boleh diperoleh sekarang di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan semua penjual bertauliah Acer di seluruh negara, Acer Nitro 50 terdapat dalam dua varian:

  • Acer Nitro 50 dengan pemproses Intel Core i7-11700F dan NVIDIA GeForce GTX 1660 SUPER berharga RM4,899
  • Acer Nitro 50 diperkasa pemproses Intel Core i5-11400F dan NVIDIA GeForce GTX 1650 berharga RM3,399

Pada Acer Day x Shopee Superbrand Day, sebarang pembelian Nitro 50 baharu dengan pemproses Intel® Core i7-11700F atau pemproses Intel® Core i5-11400F akan menerima Predator Galea 350 Gaming Headset bernilai RM349 atau Predator Galea 311 Gaming Headset bernilai RM199.

Predator X34 GS

Menyokong sehingga 98% gamut warna luas DCI-P3 beserta Delta E<2, Predator X34 GS memiliki panel 34 inci UltraWide QHD Agile-Splendor IPS yang memberi imej jelas pada sudut pandangan luas. Ia adalah serasi dengan NVIDIA G-SYNC dan membolehkan pemain melakukan overclock pada kadar penyegaran dari 144Hz hingga 180Hz dengan masa tindak balas ultra-pantas 0.5ms (Kelabu ke Kelabu) untuk memberikan aksi permainan yang lancar. VESA Display HDR 400 menayangkan butiran halus bagi mencipta imej lebih jelas supaya tiada sasaran penting atau butiran terlepas daripada pandangan.

Boleh didapati di semua kedai rasmi dalam talian Acer dan semua penjual sah Acer di seluruh negara, Predator X34 GS dijual pada harga RM3,999. Pada Acer Day x Shopee Superbrand Day, sebarang pembelian Predator X34 GS akan didatangkan secara percuma Beg Predator Gaming Utility dan tetikus permainan Predator Cestus 310 yang bernilai sehingga RM668.

Acer Nitro XV252Q F

Bagi pemain permainan video yang mahukan kadar kesegaran semula jauh lagi pantas, Acer Nitro XV252Q F dilengkapi panel Fast Liquid Crystal yang boleh melalukan overclock kadar kesegaran semula hingga 390Hz dan mempercepat masa tindak balas untuk adegan gerakan ultra halus. Acer Nitro XV252QF menyokong teknologi AMD FreeSync Premium yang menghapuskan gangguan pada skrin dan memberikan kelancaran pengalaman permainan.

Dengan rangsangan warna hitam dan julat warna luas 99% sRGB, Acer Nitro XV252Q F membolehkan tahap imersi lebih besar menerusi penciptaan imej realistik. Nitro XV252Q F adalah berharga RM1,999 dan boleh didapati di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan semua penjual Acer bertauliah di seluruh negara. Pada Acer Day x Shopee Superbrand Day, sebarang pembelian Nitro XV252Q F akan disertakan dengan tetikus permainan Predator Cestus 330 berharga RM269.

Dari 1 Ogos hingga 31 September 2021, para pelanggan yang membeli mana-mana komputer meja atau monitor baharu ini layak untuk menebus hadiah tambah bernilai sehingga RM199 di www.a-redemption.com. Pada masa yang sama, Acer juga akan menyumbang sehingga RM50 bagi setiap pembelian peranti terpilih kepada World Vision sepanjang tempoh kempen ini.

Promotion Period Acer Stores on Shopee
3 – 4 August 2021
Acer Official Store
Acer Certified Store – Just IT
Acer Certified Store – NBP
Acer Certified Store – Viewnet
Acer Certified Store – Clicknet
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Acer DayAcer Day x Shopee SuperbrandShopee Superbrand
Previous Post

Nintendo mendedahkan Gameplay Neon White dengan fungsi Soul Card dan Insight

Next Post

Acer Day Kembali Dengan Promosi Menarik, Aktiviti dan Lebih Banyak Tawaran!!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Acer Day Kembali Dengan Promosi Menarik, Aktiviti dan Lebih Banyak Tawaran!!

Acer Day Kembali Dengan Promosi Menarik, Aktiviti dan Lebih Banyak Tawaran!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd