Dalam Suikoden I&II HD Remaster, mengumpulkan kesemua 108 Stars of Destiny amat penting jika anda ingin mendapatkan ending terbaik. Namun begitu, ada beberapa watak yang boleh terlepas terus jika anda tidak melakukan langkah tertentu pada masa yang tepat.
Jadi, kami telah sediakan panduan bebas spoiler lengkap bersama senarai terperinci untuk membantu anda merekrut semua watak Suikoden I&II HD Remaster yang berisiko untuk anda terlepas pandang.
BEBAS SPOILER
Suikoden I – Watak-Watak Yang Boleh Terlepas
- Sentiasa save game dan guna semua save slot sebelum tiba di titik-titik penting dalam jalan cerita.
- Terokalah setiap kawasan baru dan bercakaplah dengan semua NPC untuk memastikan tiada peluang rekrut terlepas.
- Seorang ‘warrior’ tertentu perlu dinaik taraf level dan dilengkapkan dengan baik sebelum pertarungan penting.
- Ada watak yang hanya boleh direkrut jika mereka masih hidup selepas sesuatu pertarungan.
- Seorang ‘strategist’ perlu direkrut awal sebelum cerita bergerak terlalu jauh.
- Seorang ‘knight’ dan rakannya perlu direkrut sejurus selepas anda bertemu mereka.
- Seorang ‘blacksmith master’ hanya akan menyertai jika semua blacksmith lain telah direkrut terlebih dahulu.
- Seorang ‘commander’ hanya akan menyertai jika anda bercakap dengannya selepas pertarungan besar.
Suikoden II – Watak-Watak Yang Boleh Terlepas
- Sama seperti Suikoden I, pastikan anda save game dengan kerap dan guna pelbagai save slot.
- Sentiasa bercakap dengan semua orang di setiap kawasan baru untuk mengelakkan terlepas peluang rekrut.
- Seorang ‘gunslinger’ perlukan misi sampingan dilakukan lebih awal agar dia boleh direkrut kemudian.
- Seorang gadis dan haiwan peliharaannya memerlukan bantuan dalam satu side event mudah.
- Seorang ‘hunter’ dan serigala peliharaannya perlu ditemui di hutan selepas interaksi tertentu dengan alam sekitar.
- Seorang ‘swordsman’ perlu diselamatkan dan diberi makan sebelum dia sudi menyertai.
- Seorang ‘archer’ yang cintakan alam hanya boleh direkrut selepas anda mendapatkan satu makhluk tertentu.
- Makhluk legenda hanya boleh direkrut berdasarkan pilihan bercabang – anda hanya boleh pilih dua daripada tiga.
- Seekor ‘unicorn’ mistik hanya akan muncul jika anda mempunyai watak tertentu dalam pasukan anda.
AMARAN! SPOILER BESAR
Suikoden I – Watak Yang Mudah Terlepas dan Cara Untuk Merekrut Mereka

Pahn: Apabila dia kembali dalam cerita, pastikan anda tingkatkan levelnya sekurang-kurangnya ke level 30, berikan armor terbaik yang anda ada, dan naik taraf senjatanya hingga maksimum (Level 12). Dia mesti hidup dalam pertarungan menentang Teo McDohl—jika tidak, dia akan hilang buat selamanya.

Kwanda Rosman: Selepas menewaskannya dalam pertarungan, pilih dialog yang tidak menjatuhkan hukuman mati ke atasnya untuk memastikan dia boleh direkrut.

Milich Oppenheimer: Selepas berjaya mengambil alih Scarleticia Castle, pastikan anda juga memilih untuk tidak menghukumnya mati agar dia boleh menyertai pasukan anda.

Leon Silverberg: Setelah Castle anda mencapai Level 4 dan selepas kawasan Greenhill dibebaskan, anda boleh menemuinya di Kalekka. Anda perlukan Mathiu’s Letter untuk meyakinkannya. Disebabkan Mathiu kadangkala tidak tersedia dalam cerita, sebaiknya dapatkan surat itu secepat mungkin.

Maximillian: Setelah menawan Moravia Castle dan ketika Castle anda mencapai Level 3, anda boleh menemuinya di Northern Checkpoint. Dia akan menyatakan hasrat menyertai Liberation Army. Terima dia serta-merta. Jika anda menolak, dia tidak akan kembali lagi.

Sancho: Akan menyertai secara automatik selepas anda berjaya merekrut Maximillian.

Mace: Sebagai master blacksmith, dia hanya akan menyertai jika anda telah merekrut keempat-empat blacksmith lain: Maas, Meese, Mose, dan Moose. Jika anda terlepas walau satu, Mace tidak boleh direkrut.

Sonya Shulen: Selepas pertarungan di Shasarazade, apabila dia ditahan dan anda kembali ke kawasan Jail Cell, berbual dengannya dan jemput dia menyertai pasukan anda—tak kira apa pun keadaannya, ajak saja dia.
Suikoden II – Watak Yang Mudah Terlepas dan Cara Untuk Merekrut Mereka
Dalam Suikoden II, proses untuk mendapatkan kesemua 108 Stars of Destiny sebenarnya lebih mesra pemain berbanding Suikoden I. Namun begitu, terdapat tiga watak yang memerlukan sedikit perancangan: Abizboah, Feather, dan Sigfried. Anda hanya dibenarkan merekrut dua daripada tiga karakter ini—memang direka begitu supaya salah satu akan terlepas, dan itu tidak menjadi masalah. Walau bagaimanapun, Feather wajib direkrut kerana dia diperlukan untuk membuka akses kepada satu lagi watak.

Clive: Sebaik tiba di Muse City, cari Elza dan selesaikan misinya. Kemudian, anda boleh bercakap dengan Clive di South Window untuk merekrutnya.

Millie: Bantu dia mencari haiwan peliharaan kesayangannya, Bonaparte, dan dia akan menyertai.

Shiro: Di Ryube Forest, cari Bird’s Nest yang jatuh dan bantu membaikinya. Selepas beberapa waktu, kembali semula dan anda akan menemui Shiro bersama Kinnison di bawah sarang itu. Anda boleh merekrut kedua-duanya ketika itu.

Kinnison: Ikuti langkah yang sama seperti untuk Shiro. Kedua-duanya muncul bersama, dan anda boleh merekrut mereka serentak.

Rikimaru: Jumpa dia di Ryube Village, bantu dia dari situasi berbahaya dan bayarkan makanan yang dimintanya untuk dia menyertai.

Ayda: Selepas anda berjaya merekrut Badeaux, pergi ke Forest Village dan hadapi seekor Griffin. Gunakan Listening Crystal pada Griffin yang bernama Feather untuk menenangkannya. Selepas itu, Ayda dan Feather akan menyertai pasukan anda. Jangan lepaskan peluang merekrut Feather, atau anda takkan dapat Ayda.

Feather: Selepas mendapat Listening Crystal daripada Badeaux, pergi ke Forest Village, cari Griffin bernama Feather, dan gunakan kristal tersebut padanya. Ayda akan turut menyertai selepas itu. Feather wajib direkrut untuk membuka akses kepada Ayda.

Abizboah: Dengan Listening Crystal milik Badeaux, pergi ke Tinto Mine dan cari Abizboah. Bercakap dengannya untuk menjemput dia menyertai kumpulan anda.

Sigfried: Apabila anda sudah merekrut Hix dan Tengaar, bawa Listening Crystal bersama seorang gadis muda (seperti Nanami, Nina, atau Ellie) ke Kobold Forest. Jangan bawa Sierra semasa cuba merekrut Sigfried kerana ia akan mencetuskan cutscene khas yang menghalang perekrutannya. Jika anda ingin lihat adegan khas itu, pastikan anda pilih Abizboah sebagai pengganti kerana hanya dua daripada tiga boleh direkrut.
Mengumpulkan kesemua 108 Stars of Destiny dalam Suikoden I&II HD Remaster adalah satu pengalaman yang amat memuaskan, membuka laluan kepada ending terbaik serta pelbagai kandungan rahsia yang tak ternilai.
Suikoden I memerlukan lebih perancangan dan perhatian, kerana ramai watak boleh terlepas secara kekal jika terlepas peluang. Sebaliknya, Suikoden II lebih mesra pemain, walaupun masih ada beberapa perekrutan penting yang bergantung pada syarat tertentu.
Dengan mengikuti panduan ini dan sentiasa peka terhadap peluang yang muncul, anda bukan sahaja akan berjaya mengumpulkan pasukan terkuat, tetapi juga menikmati sepenuhnya dunia dan cerita epik Suikoden.
Jangan lupa untuk sentiasa save, teroka setiap sudut dunia dengan teliti, dan hayati setiap detik dalam salah satu saga RPG paling ikonik sepanjang zaman!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post