PlayStation Plus serba baharu sudah tiba di Malaysia yang didatangkan dengan 3 pakej iaitu PS Plus Essential, PS Plus Extra dan PS Plus Deluxe. Kepada korang yang ingin beli atau upgrade pakej PS Plus tetapi tidak tahu macam mana, jom saya ajarkan cara-caranya.

Melalui Konsol PS4 & PS5
- Buka dan Log in akaun di konsol
- Cari bahagian PlayStation Plus dan Other Subscription
- Pilih PlayStation Plus dan klik Upgrade

Melalui PC (Laman Web PlayStation)
1. Login akaun anda

2. Pilih Subscriptions Management
3. Tukar pakej

Melalui Mobile (PS App)
- Buka dan Log in akaun anda
- Pergi ke tab PS Store
- Cari dan Klik bahagian Subscriptions
- Lalu klik pada banner PS Plus
- Pilih pakej pilihan anda
- Lengkapkan pembayaran dan selesai


Untuk pengetahuan korang, semua langganan adalah pakej Essential dan boleh di upgrade kepada pakej yang korang mahukan. Seperti gambar di bawah, untuk upgrade ke pakej PS Plus Extra, korang perlu tambah RM 91.31 untuk menikmati game yang ditawarkan dan RM269 untuk 12 bulan seterusnya. Proses yang sama juga akan digunakan untuk korang upgrade kepada PS Plus Deluxe dengan penambahan sebanyak RM 124.51.
Bagi menjelaskan lagi proses ini, harga tambah nilai adalah untuk menaik taraf pakej sedia ada dan akan dibilkan mengikut baki masa pelan. Jika anda telah merancang untuk upgrade langganan dengan jumlah baki lebih dari 12 bulan, harga upgrade akan berubah.
Katalog Game
Katalog game akan tersedia pada pakej Extra dan Deluxe dan berikut adalah game yang boleh dimainkan dalam PS5:
Katalog Klasik dan Game Trial
Kedua-dua faedah ini tersedia untuk pakej Deluxe sahaja. Katalog Klasik akan mempunyai game PSP, PS1 dan PS2.
Mudah bukan untuk beli dan upgrade PS Plus serba baharu ini. Kalau korang nak tengok lebih lanjut berkenaan senarai game dan faedah bagi setiap pakej, boleh klik di sini. Harap panduan membeli dan upgrade PlayStation Plus di Malaysia ini dapat bantu korang yang baharu dan juga lama. Untuk lebih banyak berita menarik mengenai PlayStation, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post