Jika anda baru mula meneroka dunia Civilization: Eras & Allies, pastinya anda ingin mendapatkan setiap kelebihan yang ada. Game mobile strategy terbaru daripada 2K ini membawa pengalaman klasik Civilization terus ke peranti anda – dan seperti kebanyakan game mobile lain, Civilization: Eras & Allies turut menawarkan kod ganjaran percuma dalam game.
Sejak dilancarkan di seluruh Malaysia melalui App Store dan Google Play, Civilization: Eras & Allies telah menarik perhatian ramai peminat strategi yang ingin menikmati gameplay Civ semasa bergerak.
Dalam game ini, anda akan menyertai pertempuran epik bersama sehingga 6,000 pemain di satu server, membina tamadun sendiri, merekrut tokoh-tokoh sejarah terkenal, dan membentuk pakatan strategik untuk menguasai peta global.
Dengan saingan yang sengit, ganjaran percuma melalui kod penebusan boleh memberikan kelebihan besar untuk kemajuan anda.

Sama ada anda masih baru atau pemain lama, mengetahui cara mendapatkan dan menebus kod ini sangatlah berguna. Game ini mungkin kelihatan kompleks dengan sistem strategi seperti Bond System untuk merekrut pemimpin legenda, serta musim 30 hari yang memperkenalkan pelbagai mekanik baharu.
Namun begitu, proses untuk menebus kod Civilization: Eras & Allies sebenarnya sangat mudah – dan ganjarannya pula cukup berguna, sama ada untuk membantu anda bersedia ke medan perang atau memperkukuh tamadun bagi menghadapi cabaran musim semasa.

Kod Aktif:
STORE-NUMBER-ONE
– Ganjaran dan sumber dalam gameGREATNESS-IS-OURS
– Ganjaran dan sumber dalam game
Cara Menebus Kod:
- Buka menu, dan pergi ke Settings dalam game.
- Pilih tab Social dan tekan pada Redemption Code.
- Masukkan kod yang aktif ke dalam ruang disediakan dan tekan OK.
- Pergi ke Mail dalam game untuk menuntut ganjaran anda.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post