Kali ini, kami ingin kongsikan sedikit panduan kepada yang masih baru dalam Gundam Plastic Model Kit atau lebih dikenali sebagai Gunpla. Dalam dunia Gunpla, terdapat banyak cara untuk korang membina Gundam daripada mula tetapi ini adalah cara yang ramai beginner lakukan termasuk saya sendiri. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan.
1. Pemilihan Gunpla

Dalam pemilihan Gunpla, sudah pasti korang akan pilih yang korang minat dan memberi ganjaran kepada usaha serta kerja keras. Tetapi jika korang tidak pernah melihat siri anime atau manga dari francais Gundam, saya akan recommend untuk bermula dari saiz Entry Grade (EG). Hal ini kerana, EG merupakan grade yang senang dipasang dan sesuai untuk Beginner.
Bandai Hobby banyak mengeluarkan skala dan grade yang berbeza seperti HG, ia mengandungi bahagian yang lebih sedikit jika nak dibandingkan dengan gred yang lebih tinggi. Dalam bahagian ini juga, korang boleh pilih mengikut reka bentuk ataupun box art yang diminati. Jika korang nak tahu lebih lanjut mengenai grade dan skala, boleh pergi ke artikel kami di sini.
2. Peralatan yang betul

Selepas memilih Gunpla diminati, korang akan memerlukan peralatan yang sesuai untuk membina Gunpla tersebut. Alat pertama yang korang perlukan adalah Nipper. Ia digunakan untuk mengeluarkan setiap bahagian daripada Runner dengan selamat. Mesti diantara korang akan tertanya-tanya, Nipper yang mana patut dibeli kan.

Saya tahu, dari tahun ke tahun, banyak Nipper yang telah dikeluarkan oleh pelbagai jenama tetapi ini adalah cadangan saya untuk beginner.
- RM 10.00 – RM 30
Untuk pengetahuan korang, setiap potongan yang dibuat oleh Nipper akan menyebabkan tumpul. Lama-kelamaan, korang akan perlukan pengganti yang lebih baik dan tidak rugi dalam pembelian tersebut.

Alat kedua yang korang perlukan adalah Tweezer. Alat ini agak penting untuk memasangkan Sticker dan Decal pada Gunpla. Penggunaannya yang sangat mudah akan menjimatkan masa korang dan tidak menggunakan banyak masa.

Alatan seterusnya adalah sanding stick atau sanding box. Alat ini digunakan untuk membuang Nub dan Stress Mark yang ada pada Gunpla. Selepas korang memotong bahagian daripada Runner, korang kena buang Nub dan Stress Mark untuk menampakkan Gunpla korang lebih cantik.

Hobby Knife turut diperlukan dalam membina Gunpla bagi membuang nib dan bahagian yang korang tidak perlukan. Tetapi korang kena ingat bahawa pisau ini sangat tajam untuk digunakan. Jadi korang perlu berhati-hati semasa hendak menggunakannya.
3. Ruang Kerja Yang Bersih

Dengan adanya ruang kerja yang bersih, korang boleh nampak semua alatan yang diperlukan untuk membina Gunpla. Kemas terlebih dahulu atau gunakan tempat lain yang memudahkan untuk mengenal pasti di mana segala-galanya berada.
Alas pemotong tidak diperlukan 100% untuk membina Gunpla ini, tetapi ia memastikan meja anda bersih dan tidak rosak semasa anda menggunakan Hobby Knife.
Jangan lupa untuk mendapatkan cahaya yang terang kerana kadang-kadang terdapat bahagian yang jatuh atas lantai dan sukar untuk mencarinya.
4. Langkah Kecil Untuk Mula Bina

Apabila membuka kotak Gunpla kit, korang akan disambut dengan beberapa Runner dengan warna yang berbeza. Buka buku panduan yang disertakan dan korang akan melihat senarai semua Runner yang disertakan. Saya sangat menyarankan korang memastikan semua Runner yang diperlukan ada sebelum memulakan bina Gunpla.
Selepas itu, ikut sahaja langkah-langkah tersebut dengan perlahan-lahan dan teliti. Untuk mengeluarkan bahagian daripada Runner: korang ambil Nipper (sebelah rata menghadap bahagian yang diperlukan) dan potong sedikit daripadanya. Ini akan meninggalkan lebihan Nub, tetapi ianya boleh dibuang dengan menggunakan Hobby Knife atau Nipper.

Ulangi ini pada semua sisi sambil memegang bahagian pada Runner sehingga bahagian itu dibuang. Perhatikan sebarang amaran arahan yang diberitahu sebelum mengeluarkan bahagian dari Runner.
Langkah terakhir ialah berseronok! Ini adalah hobi, dan korang harus menikmati diri anda sendiri. Ambil nafas jika korang berasa kecewa kerana korang tidak memahami satu langkah, atau tangan mula kejang dari semua bahagian kecil.
Jauhi kit dan kembali apabila korang sudah bersedia. Senang untuk siapkan kit, tetapi tidak seronok jika ia dibina secara tergesa-gesa dan kelihatan selekeh. Luangkan masa anda, ikut arahan perlahan-lahan, dan akhirnya dengan setiap kit yang dibina, korang akan menjadi lebih baik dan lebih pantas.

Setakat ini, itu sahaja panduan yang ingin kami kongsikan kepada Beginner Gunpla. Jika korang ada pendapat lain mengenai panduan Gunpla, sila kongsikan di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang Gundam, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post