Jika anda sudah mula meneroka dunia strategi dalam Civilization: Eras & Allies, game mobile terbaru daripada 2K, anda pasti tahu betapa pentingnya memilih hero yang tepat. Kejayaan empayar anda boleh bergantung sepenuhnya kepada keputusan ini.
Berbeza dengan game mobile biasa, Eras & Allies menawarkan pengalaman Civilization sebenar dalam versi padat untuk telefon – setiap langkah dan keputusan anda membawa impak besar ketika bersaing dengan ribuan pemain lain dalam satu server.

Sejak pelancarannya di seluruh Asia, pemain giat mencari tahu siapakah pemimpin legenda terbaik untuk dimasukkan dalam pasukan mereka. Melalui sistem unik yang dipanggil Bond System, anda boleh merekrut dan menggabungkan tokoh-tokoh sejarah hebat – membuka pelbagai peluang strategi yang tidak terhad.
Namun, ingatlah – tidak semua hero dicipta sama rata, lebih-lebih lagi dengan sistem combat masa nyata dan perubahan meta setiap musim (setiap 30 hari).

Sama ada anda baru mula membina tamadun pertama atau seorang veteran yang mahu mengoptimumkan barisan hero untuk musim akan datang, mengenali tokoh-tokoh yang mendominasi meta semasa adalah satu keperluan.

Tier S
Tokoh-tokoh ini adalah antara yang paling berkuasa dalam game – cemerlang dalam hampir semua situasi dan sangat disyorkan untuk dibangunkan.
- Richard I
- Qin Shi Huang
- Alexander the Great
- Sejong the Great
- El Cid
Tier A
Hero yang sangat solid dan hampir setanding dengan Tier S. Masih mampu memberikan prestasi hebat dalam pelbagai mod permainan.
- Shapur I
- Cheok Jun-gyeong
- Pepin III
- Pompey
- Akhenaten
Tier B
Masih berguna dalam senario tertentu, terutama jika digunakan dengan strategi yang betul. Sesuai untuk pelengkap pasukan.
- Niwa Nagahide
- Bjorn
- Memnon
- Cassius
- Abdul
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post