Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pandangan Pertama Re:Legend – Pengembaraan Warna-Warni bersama makhluk Magnus yang Comel!

Dihasilkan oleh studio tempatan Malaysia, Magnus Games Studio.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 11, 2019
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Pandangan Pertama Re:Legend – Pengembaraan Warna-Warni bersama makhluk Magnus yang Comel!
Share on FacebookShare on Twitter

Re:Legend bermula apabila kamu tersadai di Pulau Vokka tanpa sebarang memori dalam hidup. Akibatnya, kamu perlu bermula kehidupan baru di pulau tersebut untuk memulihkan ingatan dengan membuat kawan baru, kembangkan kampung, menanam, memancing, melombong dan sebagainya, serta menangkap dan memelihara makhluk bernama Magnus.

Terdapat lebih daripada 300 Magnus di dalam Re:Legend, dengan lima kawasan yang terdiri dari tanah Ethia yang melalui empat-empat musim. Ini adalah game yang agak besar dengan banyak kandungan untuk diterokai. Saya banyak memberi tumpuan terutamanya kepada membela Magnus dan pertempuran.

Dalam judul simulasi RPG ini, semuanya boleh dibela, daripada Magnus biasa yang kamu lihat di sekitar hingga ke Magnus di dalam boss battle. Untuk menjinakkan Magnus, kamu perlu mencari makanan yang disukainya, memberi makan kepada Magnus, dan kemudian selesaikan mini-game untuk menjinakkan Magnus dan menjadikannya salah satu daripada sekutu kamu.

Jika saya memilih untuk tidak menjinakkan Magnus, saya harus melawannya. Sistem pertempuran sendiri agak mudah dengan hanya menekan butang untuk ia menyerang. Tiada kombo yang memeningkan. Health bar akan turun dan akhirnya Magnus akan kalah dan hilang. Jika kamu membawa Magnus (boleh membawa hingga dua sekaligus), mereka juga boleh menyerang walaupun kamu sedang menunggang. Satu lagi perkara penting adalah untuk megelak serangan musuh semasa bertarung supaya health bar tidak berkurang. Sistem pertempuran yang sangat asas kan? Sangat mudah untuk faham dan sangat bagus untuk setiap golongan cuba bermain tidak kira muda atau tua.

Selain bertarung dan sibuk menjinakkan Magnus, muzik dan landskap di Re:Legend sangat mengagumkan. Saya diumumkan bahawa orkestra yang melakukan soundtrack untuk Re:Legend adalah orkestra yang sama untuk FINAL FANTASY XV, dan soundtrack-nya memang berkualiti dan padan dengan situasi semasa. Landskap sekeliling juga sangat menakjubkan untuk dilihat, dan tanpa sedar, beberapa kali sudah saya menatap alam sekitar semasa bermain. Saya ada juga pergi melombong dan memancing, dan kedua-duanya santai untuk bermain dengan mekanik yang mudah difahami.

Re:Legend adalah judul, yang pada pandangan pertama, muncul sebagai sesuatu yang comel dan berwarna-warni tanpa kandungan yang berkualiti. Walaupun baru sahaja meneroka sebahagian kecil daripada Ethia, saya mendapati bahawa pendapat ini sememangnya tidak benar kerana terdapat terlalu banyak content dan rahsia untuk pemain unlock.  Saya baru sahaja mengkaji daripada aspek menjinakkan Magnus sahaja dan masih banyak saya perlu buat.

Re:Legend kini berada di peringat Early Access di Steam, dan saya sarankan kamu cuba game ini untuk pengalaman RPG yang mendalam dan penuh kandungan untuk nikmati.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Early AccessEthiaMagnusPulau VokkaRe:LegendRPGsteam
Previous Post

Berlawan dengan Alien menggunakan Mecha yang gempak dari M.A.S.S. BUILDER!

Next Post

[TGS 2019] Trailer baru Final Fantasy 7 Remake menampilkan Turks, Summon Baru, dan Mini-Game Lucu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[TGS 2019] Trailer baru Final Fantasy 7 Remake menampilkan Turks, Summon Baru, dan Mini-Game Lucu!

[TGS 2019] Trailer baru Final Fantasy 7 Remake menampilkan Turks, Summon Baru, dan Mini-Game Lucu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd