Diumumkan pada awal bulan April lepas, kini Rainbow Six Mobile telah memasuki fasa “Closed Beta” dan hanya boleh dimainkan pada negara tertentu sahaja. Ujian beta tertutup ini telah dijalankan hanya untuk Android sahaja dan telah bermula sejak 12 September lalu.
Oleh itu, kami telah diberikan peluang untuk mencuba terlebih dahulu dan ini adalah pandangan pertama kami bagi Rainbow Six Mobile.
Setting

Bagi saya, setting yang disertakan dalam versi beta ini sudah cukup memadai dengan menampilkan “HUD Customization” yang membenarkan anda menukar kedudukan button, Gameplay yang boleh memberikan anda kelebihan dengan bantuan seperti “Aim Assist, Auto-Vault” dan bermacam-macam lagi.
Malang sekali, mereka tidak menyediakan setting untuk mengubah grafik kepada “Low” ataupun “High” dan pelbagai grafik lain lagi. Tetapi grafik yang disediakan oleh mereka pun sudah cukup bagus untuk versi beta ini. Berikut adalah setting yang disediakan dalam Rainbow Six Mobile:
- HUD Customization
- Gameplay
- Touch Control
- Sensitivity
- Language
- Audio
Gameplay

Untuk bermula bermain, anda akan dibahagikan kepada 2 pasukan, iaitu Attacker dan Defender. Attacker akan bermula di luar bangunan dengan mengawal drone untuk mencari objektif utama seperti “bomb”, dan ” biohazard container” atau musuh dalam masa 30 saat.
Dalam masa yang sama, Defender juga menggunakan gadget mereka untuk mempertahankan kawasan tersebut dari dimasuki Attacker.

Selepas tamat 30 saat, kedua-dua pasukan akan berpindah ke fasa gameplay utama di mana Attacker mula menyerang kawasan dengan menggunakan senjata, ability dan gadget yang ada untuk mendapatkan objektif. Manakala Defender adalah sebaliknya, mereka menggunakan senjata, ability dan gadget untuk mempertahankan objektif daripada diambil oleh Attacker.
Dengan bergerak ke fasa gameplay utama, pemain boleh mengalahkan musuh dengan menembak menggunakan senjata utama, sekunder atau bom. Pemain yang telah menerima damage yang membolehkan HP turun sehingga 0 tidak akan mati terus. Malah mereka dibenarkan untuk kembali selepas menerima “revive” daripada rakan sepasukan. Jika nasib terlalu malang, anda akan terus ditambak oleh musuh sehingga mati.

Selepas gameplay, sudah pasti kita akan bergerak kepada control pula. Seperti yang anda boleh nampak pada gambar di atas, memang banyak button yang disediakan untuk bermain game ini dan sangat penuh pada skrin yang kecik.
Namun, dengan adanya ciri-ciri penting yang telah disediakan oleh mereka seperti Auto Swap, Auto Shot dan banyak lagi, ia telah memberikan banyak kelebihan kepada pemain mobile. Jadi, saya rasa ia tidak menjadi masalah yang sangat besar kepada pemain yang baru sahaja berjinak-jinak dengan game ini.
Mode

Buat masa sekarang, hanya terdapat dua mode sahaja yang boleh dimainkan sekarang. Namun, mereka sedang lakukan pusingan mode di mana ia akan bertukar kepada mode lain selepas beberapa minit dikeluarkan. Bukan setakat itu sahaja, map yang digunakan pada mode juga berlainan. Mode yang saya katakan adalah Secure Area dan Bomb.
Jom saya terangkan satu per satu dan berikan sedikit pendapat tentangnya.
Secure Area

Dalam mode ini, anda akan dibahagikan ke dalam dua pihak di mana Attacker akan mencari bilik yang mempunyai “biohazard container” dan mempertahankan bilik tersebut dalam 10 saat.
Manakala tujuan defender pula adalah mempertahankan bilik tersebut daripada dimasuki oleh Attacker. Apabila dimasuki oleh Attacker, anda sebagai Defender perlu bertanding dengan mereka sehingga tiada seorang daripada mereka di dalam bilik tersebut.
Pada asasnya, mode ini adalah seperti mode “capture point” yang ada pada game lain, di mana masing-masing perlu mempertahankan kawasan dalam beberapa masa untuk mendapatkan mata. Tetapi apa yang membuatkan mode Secure Area ini berlainan adalah mereka mempunyai Attacker dan Defender.
Bagi saya ianya sangat seronok apabila menjadi defender, dengan pelbagai gadget yang boleh digunakan untuk menutup tingkap, pintu dan banyak lagi kelengkapan lain untuk bertahan.
Bomb

Untuk mode Bomb pula, Attacker perlu mencari bilik yang mengandungi bomb dan mematikan bomb tersebut dengan menggunakan “defuser.” Manakala Defender perlu mempertahankan bilik tersebut daripada dimasuki Attacker.
Bagi saya, Bomb mode adalah mode yang agak senang untuk dimainkan lagi-lagi dapat bermain defender terlebih dahulu. Hal ini kerana, anda boleh mendapatkan satu mata pendahulu dengan menggunakan segala gadget yang boleh.
Battle Pass & Challenge

Selepas selesai bermain, pemain akan diberikan ganjaran XP untuk level, battle pass dan progress “Challenges.” Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu “Daily, Weekly” dan “Progression”. Daily akan mengandungi 3 cabaran mudah manakala cabaran Weekly memerlukan masa yang agak lama untuk diselesaikan.
Untuk cabaran “Progression”, ia memerlukan lebih banyak masa kerana tidak semua bergantung kepada gameplay seperti membuka operator tertentu.

Kebanyakan ganjaran yang diberikan melalui “Challenges” adalah Battle Pass XP di mana ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Percuma dan Premium. Jangan risau, Battle Pass yang percuma telah memberikan banyak ganjaran termasuk tiket operator, platinum, border, avatar dan banyak lagi. Manakala Battle Pass premium, hanya memberikan tiket Caveira dan cara mengaktifkannya pula menggunakan platinum yang terkumpul melalui Battle Pass percuma.
Operator

Mereka telah banyak menyediakan operator tetapi yang dibenarkan untuk bermain pada awalnya adalah dua sahaja iaitu ATK Recruit semasa menjadi Attacker dan DEF Recruit semasa menjadi Defender. Operator terbahagi kepada 2 kategori bahagian iaitu Attacker dan Defender. Untuk mendapatkan operator lain, anda boleh mendapatkannya menggunakan sistem tiket di mana ia boleh didapatkan melalui “Ticket Pass”.
Selepas mendapat tiket, anda perlu bermain operator tersebut sehingga 14 kali bagi membukanya secara kekal. Jadi, ia memerlukan proses grinding yang agak susah sebenarnya. Hal ini kerana, mungkin pemain lain juga ingin menggunakan operator yang sama seperti yang anda inginkan. Jadi, siapa cepat dia dapat.
Yang membuatkan setiap operator unik adalah mereka mempunyai ability dan loadout yang berbeza. Dan perbezaan antara mereka membuatkan mereka mempunyai kelebihan masing-masing.
Contoh yang saya boleh berikan mungkin akan membuka mata anda sedikit. Saya akan ambil dua Attacker dan dua Defender.




Kesimpulan

Gameplay yang dapat dimainkan dalam versi ujian tertutup ini sudah cukup baik. Cuma berkemungkinan ramai yang masih tidak biasa dengan gameplay dalam francais Rainbow Six Siege menjadikan gameplay game ini agak kekok. Daripada mencari dan selesaikan objektif, ramai yang telah terkorban akibat tidak hafal map dan lain-lain. Perkara ini sudah pasti akan berubah dari semasa ke semasa kerana mereka telah belajar sesuatu daripada kesilapan yang dilakukan.
Walaupun tetapan grafik tidak disediakan oleh Ubisoft, mereka telah lakukan kerja yang bagus untuk memberikan grafik yang kelihatan cantik dan agak realistik. Dan sudah pasti mereka menggunakan asset yang berlainan daripada versi PC.

Secara keseluruhan, Rainbow Six Mobile adalah game mobile yang sangat baik kerana mereka cuba menggunakan pendekatan yang berlainan selain genre battle royale, MOBA dan RPG. Malang sekali ujian tertutup beta tidak tersedia di Malaysia. Tetapi, bagi sesiapa yang berminat untuk bermain game ini akan datang, anda boleh “pre-register” di Google Play.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak review berkenaan game dan teknologi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post