Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[ Pandangan pertama ] Goat Simulator 3 — Buat Huru-Hara Sebagai Kambing, Kini Lebih Meriah!

Maira by Maira
November 16, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Baru, Pandangan Pertama, Review, Simulator
0 0
0
[ Pandangan pertama ] Goat Simulator 3 — Buat Huru-Hara Sebagai Kambing, Kini Lebih Meriah!
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah terfikir tidak, bagaimanalah rasanya menjadi seekor kambing? Ada satu game yang anda boleh mainkan, di mana anda merupakan seekor kambing. Game tersebut ialah Goat Simulator 3. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan game simulator terbaru oleh Coffee Stain North AB. Walaupun ia mempunyai “3” pada tajuknya, game ini sebenarnya game kedua untuk Goat Simulator. Alang-alang game keluar pada 17 November ini, kami telah diberi peluang untuk mencubanya! Terima kasih banyak-banyak kepada Epicsoft Asia atas peluang ini! Ingin tahu best atau tidak game ini, teruskan membaca!

Goat Simulator 3 merupakan sebuah game sandbox, jadi ia tiada penceritaan khas. Tetapi apabila anda memulakan game, akan ada seorang penternak yang bercerita tentang latar belakang game kepada anda. Cutscene dia seperti parodi kepada game “Skyrim” yang banyak dihasilkan sebagai meme. Apa pun, anda akan mulakan sebuah pengembaraan untuk menjadi “kambing” terbaik bermula di Meadows Ranch.

Gameplay dan Kawalan

Sejujurnya, ini kali pertama kami bermain Goat Simulator. Memandangkan sandbox game seperti taman permainan yang luas, anda boleh lakukan apa-apa sahaja dalam game. Anda boleh musnahkan barang, menyondol orang ramai, melanggar pagar mahupun menghantar orang terbang ke langit. Kawalannya agak mudah dan senang dipelajari. Untuk bergerak, anda hanya menggunakan butang “WASD”, manakala mouse digunakan untuk menyerang dan perkara lain. Terdapat juga butang khas untuk anda merampas kenderaan mahupun mengembek. Bunyi mengembek juga agak pelbagai, jadi lucu juga apabila mendengarnya.

Terdapat beberapa misi tersedia untuk anda selesaikan dalam sesuatu bandar. Kebanyakan daripada misi tersebut akan memberikan ganjaran menarik yang boleh digunakan untuk menyesuaikan rupa kambing anda. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh mengubah bentuk. Sebagai contoh, terdapat quest di mana anda perlu, membaik pulih mesin rosak. Selepas siap betulkan mesin tersebut, ia membolehkan anda untuk mengubah size daripada sekecil kacang ataupun sebesar manusia. Terdapat juga quest di mana anda akan berubah menjadi orang-orang selepas mengorbankan orang-orang di satu bulatan sihir.

Setiap misi boleh dilihat melalui peta dunia game tersebut. Bagi kami, saiz peta tersebut tidaklah begitu besar untuk diterokai. Walaupun anda hanya berlari, ia tidak mengambil masa yang lama daripada satu tempat ke tempat yang lain. Tetapi sebagai seekor kambing yang “cool”, anda boleh menumpang kenderaan orang lain atau terus merampasnya untuk dipandu sendiri. Selain daripada kereta, anda juga boleh mengambil mana-mana motor yang anda jumpa untuk menunggangnya dan terus berjalan-jalan di bandar.

Beberapa quest yang kami lakukan memang senang dan tidak perlu fikir dengan panjang untuk selesaikan tetapi ada juga quest yang membuatkan kami pening untuk selesaikan. Sebagai contoh, terdapat misi di mana anda perlu menolong seseorang yang bernama “Steve”. Tetapi apabila sampai ke tempat quest tersebut, tidak pula kami jumpa seseorang yang bernama Steve. “Not Steve” pula yang kami jumpa. Merata tempat juga kami mencari “Steve” tetapi masih tidak menjumpainya. Agak penat juga kehulu kehilir di tempat yang sama untuk selesaikan quest tersebut. Sudahnya kami berputus asa dan terus melakukan quest lain.

Terdapat juga minigame yang anda boleh jumpai di setiap bandar. Tetapi malang sekali, ia hanya boleh diakses melalui mode multiplayer. Jadi, kalau anda boleh hasut kawan-kawan untuk bermain sekali, percayalah mesti lagi seronok. Lagi-lagi anda boleh berlawan antara satu sama lain dalam minigame ini. Mode ini boleh bermain secara lokal ataupun dalam talian. Jadi kalau nak ajak adik main sekali pun boleh.

Bercerita tentang penerokaan, terdapat satu teleport yang boleh digunakan iaitu Goat Tower. Konsep yang sama digunakan untuk game open-world, setiap teleport yang diaktifkan, ia akan mendedahkan keseluruhan kawasan untuk bandar tertentu. Jadi, setiap kali anda pergi ke tempat baru, pastikan anda synchronize Goat Tower ini. Anda akan berjumpa dengan Goat Tower daripada awal game lagi.

Senang cerita, itu benda pertama yang anda perlu ambil perhatian. Dengan synchronize Tower tersebut, anda akan diperkenalkan dengan “Goat Castle”. Anda juga boleh mendapatkan ganjaran selepas synchronize menara tersebut. Bukan setakat itu sahaja, Goat Castle anda akan lebih dibesarkan.

Dalam Goat Castle, terdapat satu pintu besar yang telah dirantai. Setiap rantai pada pintu itu akan hilang setiap kali Tower baru synchronized. Kalau nak tahu apa yang ada disebalik pintu tersebut, kenalah mencari kesemua Goat Tower dan synchronize-nya.

Tukar menjadi kambing unik

Bosanlah kalau rupa kambing anda, kelihatan biasa sahaja. Sudah tentu anda inginkan kambing yang lain daripada yang lain. Seperti yang kami nyatakan, anda akan mendapat ganjaran selepas menyelesaikan quest yang diberi. Antara ganjaran yang anda boleh dapatkan ialah aksesori yang boleh dipakaikan kepada kambing anda. Dengan ini, kambing anda bolehlah bergaya sedikit dan kelihatan lebih unik. Aga menarik juga “penerangan” yang diberikan untuk setiap aksesori tersebut.

Hampir keseluruhan badan kambing anda boleh gayakan. Antaranya jenis kambing, kepala, badan, bahagian belakang, kaki, bulu dan juga tanduk. Kalau anda ingin kambing anda kelihatan seperti kuda belang, tukarkan sahaja buluya. Terus kambing anda kelihatan seperti kuda belang. Jangan lupa pakaikan aksesori lain juga.

Selain daripada quest, terdapat juga kedai untuk anda mendapatkan aksesori tambahan. Untuk membelinya, anda hanya perlu menggunakan “karma” yang boleh dikumpul sepanjang meneroka bandar-bandar. Jadi, lebih banyak pilihan yang anda boleh pilih untuk dipadankan. Dengan rupa baru, sudah tentu anda boleh menarik hati penduduk di bandar.

Grafik yang baik

Walaupun ia hanya sebuah game sandbox, tetapi grafik game ini memang bagus. Walaupun ia tiada ray-tracing, ia masih lagi memberikan grafik yang baik dan sesuai sangat dengan game tersebut. Kami telah menggunakan tetapan paling tinggi iaitu “Epic” sepanjang bermain Goat Simulator 3. Suasana dalam game memang cantik, sambil anda membuat huru-hara di mana-mana sahaja. Walaupun kadang-kadang nampak kereta terbang, anda terasa macam ia sesuatu yang normal untuk game ini.

Animasinya bagi kami biasa-biasa sahaja. Ia tidak begitu sama dengan pergerakan kambing sebenar, lebih-lebih lagi untuk bergerak ke kiri dan ke kanan. Memang pelik sedikit mengenainya. Tetapi komedi merupakan elemen penting game ini. Jadi memang ia sesuai sangat dengan mood game tersebut.

Masalah yang dijumpai

Hitbox untuk game ini memang pelik. Kami juga kadang-kadang terhibur juga dengannya. Bayangkan anda hanya ingin mengambil basikal di tepi jalan, tiba-tiba terpelanting hingga ke hujung dunia. Tetapi ia agak berfungsi juga, alang-alang kami ingin pergi ke tempar yang jauh. Sesat pun ada juga. Nasib baik ada peta, teleport sahaja ke Goat Tower terdekat. Kami juga ada terlanggar kerusi untuk persembahan, siap ada orang berdiri atasnya. Walaupun kerusi tersebut dilanggar, orang itu masih lagi terapung di udara. Memang hebat.

Selain daripada masalah hitbox, kami ada juga kena teleport secara tiba-tiba semasa menyesuaikan rupa kambing kami. Ia sangat tiba-tiba, sampai kami pun pelik dengan apa yang terjadi. Tetapi rasanya ia bug yang tersengaja, kerana itu kali pertama dan terakhir kami terkena begitu semasa di menu penyesuaian.

Selebihnya, game berjalan dengan sangat lancar dan baik.

Penutup kata

Sejujurnya, kami bukanlah selalu sangat main game simulator, tetapi Goat Simulator 3 memang seronok untuk dimainkan. Lebih-lebih lagi dengan segala kelebihan yang diberikan kepada untuk untuk membuat huru-hara di bandar. Kalau anda mempunyai kawan yang suka bermain game sandbox, bolehlah ajak mereka bermain sekali. Lebih ramai lebih seronok. Kalau main seorang diri pun tidak menjadi masalah. Paling penting, jangan lupa untuk “baa” kepada orang sekeliling.

Kalau anda berminat untuk membeli game ini, boleh lawati laman web rasmi game! Untuk membaca review terbaru daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Goat Simulator 3Pandangan Pertama
Previous Post

Perbezaan antara Namor versi komik & MCU, penjelasan penuh di sini!

Next Post

Monster Hunter Rise: Sunbreak – Title Update 3 akan tiba pada 24 November! Monster baru diumumkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Monster Hunter Rise: Sunbreak – Title Update 3 akan tiba pada 24 November! Monster baru diumumkan!

Monster Hunter Rise: Sunbreak - Title Update 3 akan tiba pada 24 November! Monster baru diumumkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd