Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pandangan pertama gameplay Mafia: Definitive Edition! Sepanjang 14 minit!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2020 - Updated on July 23, 2020
in Artikel, Berita, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Pandangan pertama gameplay Mafia: Definitive Edition! Sepanjang 14 minit!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun remake atau versi definitif menjadi semakin popular di industri permainan video, tidak banyak yang kelihatan menarik dan kemas seperti Mafia: Definitive Edition oleh Hangar 13. Pandangan pertama mereka didedahkan hari ini dan ia mempamerkan visual yang luar biasa, beberapa mekanik yang canggih, dan sedikit gambaran tentang bagaimana jalan cerita permainan ini diceritakan semula melalui salah satu misi paling ikonik, “A Trip to the Country.”. Saya rasa amat jelas di mata semua bahawa Mafia: Definitive Edition akan menjadi permainan video yang amat dinanti-nantikan ketika pelancarannya pada 25 September 2020.

Kami sudah tahu bahawa permainan ini akan mendapat peningkatan visual yang besar dan dalam temuramah eksklusif bersama presiden dan ketua pegawai kreatif Hangar 13, Haden Blackman, dia menjelaskan bahawa pasukan pemaju sebenarnya melakukan penambahbaikan mengikut kesilapan atau kekurangan mereka semasa mengembangkan Mafia 1 dan 2. Sebagai contoh, sistem pertempuran senjata akan lebih mirip dengan Mafia 3, yang berasaskan cover-based tetapi lebih bahaya. Harus diingat bahawa protagonis Mafia: Definitive Edition, Tommy Angelo, bermula sebagai seorang pemandu teksi biasa sebelum menjadi gengster, sedangkan protagonis Mafia 3 iaitu Lincoln Clay adalah bekas tentera, jadi akan ada perbezaan antara cara kedua-dua watak bermain. Pertempuran akan menjadi “sedikit lebih bahaya” bagi Tommy, kata Blackman, dan “setiap peluru adalah amat penting.”

Satu lagi perubahan besar adalah bagaimana undang-undang trafik berfungsi. Dalam permainan asli, pemain harus mematuhi undang-undang agar tidak diburu oleh pihak polis. Walaupun tetapan ini masih ada untuk edisi definitif, akan ada pilihan untuk mengubah ketegasan undang-undang yang perlu dipatuhi. Sebagai contoh, pemain dapat mengubah suainya agar mereka tidak ditangkap kerana melanggar lampu merah. Pilihan tambahan ini disediakan untuk memenuhi sikap-sikap pemain yang berbeza untuk menentukan gaya permainan pilihan dan bagaimana ia mempengaruhi mereka semasa maju dalam jalan cerita utama.

Alang-alang kita bercakap tentang jalan cerita, Mafia: Definitive Edition mempunyai latar belakang yang lebih luas. Salah satu contoh yang diberikan oleh Blackman adalah peranan yang dimainkan oleh teman wanita Tommy, Sarah. Meskipun memiliki peranan yang sangat penting, dia tidak membuat banyak penampilan, jadi pasukan pemaju akan memberinya lebih banyak adegan dalam permainan agar pemain lebih memahami keputusan yang Tommy yang dia buat.

Mafia: Definitive Edition akan dikeluarkan pada 28 Ogos 2020, di PlayStation 4, Xbox One, dan Steam manakala Mafia II: Definitive Edition dan Mafia III: Definitive Edition sudah tersedia untuk didapati sekarang. Bagi pemain yang membeli Mafia: Trilogy, mereka akan mendapat ketiga-tiga permainan video, dan Mafia pertama akan dibuka apabila ia dibebaskan.

Muat turun di sini
Mafia: Definitive Edition
Publisher: 2K Games
Developer: Hangar 13
Release Date: 2020-09-25
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Mafia: Definitive Edition dibina daripada awal ke atas dengan aset baru dan cerita yang diperluaskan. Seperti permainan video asli pada 2002, pemain mengawal Tommy Angelo di kota Lost Heaven pada tahun 1930-an, dan mengikuti kebangkitan dan kejatuhan Tommy Angelo dalam keluarga jenayah Salieri.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameplayHaden BlackmanMafiaMafia: Definitive Edition
Previous Post

Mafia Definitive Edition: Temuramah eksklusif bersama Haden Blackman! Belajar kesilapan lama untuk beri pengalaman Mafia sebenar!

Next Post

[Review] ROG Phone 3 sebuah Ultimate Gaming Smartphone yang makin POWER!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
[Review] ROG Phone 3 sebuah Ultimate Gaming Smartphone yang makin POWER!

[Review] ROG Phone 3 sebuah Ultimate Gaming Smartphone yang makin POWER!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd