Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Pandangan Pertama] Endless Dungeon Beta — Lindungi Crystal Daripada Alien! Situasi Hura-Hara yang Menyeronokkan!

Maira by Maira
September 18, 2023
in Artikel, Berita, Beta, Game, Pandangan Pertama
0 0
0
[Pandangan Pertama] Endless Dungeon Beta — Lindungi Crystal Daripada Alien! Situasi Hura-Hara yang Menyeronokkan!

Sumber imej: Amplitude Studios

Share on FacebookShare on Twitter

ENDLESS Dungeon telah pun memulakan sesi beta tertutup pada minggu lalu, khas untuk mereka yang membeli versi Last Wish Edition. Kami turut berpeluang untuk mencuba beta game tersebut dan memang huru-hara juga semasa bermain beramai-ramai. Jangan risau, ia bukanlah sesuatu yang negatif. Nak tahu apa yang huru-haranya semasa bermain game ini? Teruskan baca pandangan pertama kami terhadap Endless Dungeon beta.

Sedikit pengenalan mengenai game, Endless Dungeon merupakan sebuah game rougelike dengan elemen tower defense. Sambil meneroka kawasan-kawasan baharu dalam sebuah kapal angkasa, kita juga perlu memantau “Crystal Core”. Kalau kristal tersebut musnah, maka game pun tamat.

Sumber: Amplitude Studios

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Endless Dungeon membolehkan anda untuk bermain secara solo dan dalam talian bersama kawan-kawan yang lain. Kami sempat juga membentuk satu pasukan kecil tiga orang untuk mencuba beta ini.

Sebelum bermula, pemain akan berkumpul di sebuah hub yang membolehkan pemain untuk menukar skin, upgrade senjata, lihat maklumat penting seperti glossary dan banyak lagi. Kalau anda kalah, anda akan kembali ke hub ini untuk menambah baik peralatan serta skill sebelum memulakan semula cabaran.

Sumber: Amplitude Studios

Selepas semua sudah sedia untuk bermain, setiap pemain perlu la memilih watak yang ingin digunakan. Terdapat tiga watak yang tersedia untuk pemain gunakan iaitu “Zed”, ”Bunker”, dan “Shroom”. Pemain keempat pula terkunci sehinggalah pemain habiskan beta tersebut. Kalau anda bermain secara solo, slot watak yang kosong akan dikawal oleh AI. 

Setiap watak mempunyai skill dan peranan tersendiri. Sebagai contoh, Zed yang merupakan damage dealer, Bunker pula seorang Tanker manakala Shroom sebagai Healer.

Sumber: Amplitude Studios

Masuk sahaja ke dalam kapal angkasa terbiar, maka bermulalah misi kita untuk keluar daripada tempat tersebut. Pemain perlulah meneroka kawasan dengan membuka pintu-pintu di situ. Anda akan menemui resource penting seperti Food, Industry dan Science. Kesemua resource ini boleh ditukar menjadi medkit (Food), crafting turret (Industry) dan upgrade (Science). Resource ini tersangatlah penting, jadi fikir baik-baik sebelum membina sesuatu yang tidak membazir resource yang telah dikumpul.

Sumber: Amplitude Studios

Terdapat juga generator untuk anda aktifkan untuk mendapatkan lebih banyak resource tersebut. Apabila wave bermula, generator ini turut diserang, jadi kalau anda perlukan resource tersebut, anda perlulah melindunginya. Tetapi jangan lupakan Crystal Core pula, kerana itu lebih penting berbanding generator. Jadi kerjasama sememangnya penting semasa wave bermula.

Bercerita tentang wave, musuh-musuh yang kami jumpa merupakan raksasa asing yang hadir dengan pelbagai jenis serta kelemahan. Anda boleh menemui point di mana raksasa ini akan muncul. Di situ jugalah anda boleh mengetahui kelemahan raksasa-raksasa ini. Jadi kenalah gunakan segala maklumat yang ada untuk mengalahkan mereka dengan lebih cepat.

Sumber: Amplitude Studios

Sejujurnya, bermain secara solo memang mencabar walaupun bersama AI. Bagi kami AI-nya berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, Shroom mengaktifkan skill-nya untuk memulihkan health pemain apabila berada dalam keadaan rendah. Memang disyorkan sangat bermain Endless Dungeon secara co-op, yang pasti kena ada kerjasama yang mantap. Kalau kumpulan anda huru-hara, memang seorang demi seorang akan dibunuh semasa wave. Kami juga ada detik-detik sebegitu.

Sumber: Amplitude Studios

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini. Walaupun ia hanya beta, kami memang enjoy bermainnya. Walaupun tidak mampu untuk meneroka lebih jauh, tetapi ia memberikan pengalaman bermain yang baik. Kami juga tidak menjumpai sebarang bug semasa bermain. Harap-harap kualitinya akan kekal sehinggalah pelancarannya pada 19 Oktober ini. 

Anda boleh lawati laman web rasmi untuk pra-tempah game. Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Endless Dungeon daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Endless DungeonENDLESS Dungeon Beta
ShareTweetSend
Previous Post

Game Tengen Toppa Gurren Lagann Global Akan Lancar 12 Oktober 2023! Pra-daftar Sekarang!

Next Post

Burn The Witch dapat Anime Baru! Bukan sekuel tapi prekuel!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Burn The Witch dapat Anime Baru! Bukan sekuel tapi prekuel!

Burn The Witch dapat Anime Baru! Bukan sekuel tapi prekuel!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd